fbpx

Usah Membangau Lagi!

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 181Words
  • 399Views

Hai, tengah jammed ke tu?

Tahukah anda, kesasakan jalan raya ketika Thaipusam di kawasan sekitar Batu Caves adalah rutin setiap tahun?

Perayaan Thaipusam bukan baru sehari dua, seminggu dua atau setahun dua – tapi sudah berzaman-zaman lamanya!

Bersungut, marah-marah, bising-bising pasal perayaan Thaipusam dan kesesakan jalan raya di media sosial, tidak mampu mengubahnya.

Tiada guna bersungut jalan sesak ke tempat kerja, balik ke rumah kerana rumah dan tempat kerja kita adalah apa yang kita pilih.

Hidup adalah apa yang kita pilih.

Kita yang sendiri pilih rumah dan tempat kerja, tapi setiap kali musim perayaan Thaipusam kita bersungut dan memaki hamun kesesakan jalanraya yang berlaku.

Bukan baru tahun ini, malah sudah bertahun-tahun ia berulang setiap kali Thaipusam.

Walhal kita boleh pilih;

+ Pindah rumah yang tidak perlu lalu Batu Caves.

+ Tukar kerja yang tidak perlu lalu Batu Caves.

+ Keluar kerja sebelum subuh.

+ Ponteng kerja.

+ Keluar naik motor.

+ Kerja dari rumah.

+ Bercuti sepanjang musim Thaipusam.

+ Pecat boss, bekerja sendiri.

+ Pakai kereta terbang la! Kan dah 2020?

Ada lagi tambahan? Boleh bagi di ruang komen.

Pilih!

Usah membangau lagi!

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi, IFB

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kos Pelaburan Unit Trust Semua pelaburan mempunyai kos, tidak kira…