fbpx

Usaha Yang Baik Dari Kerajaan

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 506Words
  • 297Views

Usaha yang baik dilakukan oleh kerajaan apabila Kementerian Pengangkutan mengeluarkan kajian “Soal-selidik Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-undang yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu dalam Keadaan Mabuk”.

Saya tertarik kepada soalan nombor 24, “Pada pandangan anda, apakah hukuman yang setimpal terhadap kesalahan memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kematian”.

Teringat perbahasan isu ini ketika belajar di UIA dahulu, perbandingan undang-undang jenayah sivil dan undang-undang jenayah syariah.

Suka saya kongsikan kembali perkara ini.

Mula-mula kita tengok apa hukuman yang diperuntukkan dalam perundangan sivil.

 

Nak Kemaafan Saja Di Saat Itu" - Kisah Saki Baki Hidup Banduan ...

Berdasarkan undang-undang sivil, ada beberapa hukuman yang mungkin akan dijatuhkan jika didapati bersalah membunuh.

1. Hukuman gantung sampai mati
2. Hukuman penjara
3. Hukuman denda
4. Jika bernasib baik selepas dipenjarakan, berpeluang mendapat pengampunan daripada YDPA.

 

Jabatan Penjara Malaysia Beri Cuti Hari Raya Aidiladha Kepada ...

Jika dalam kes kematian kemalangan, hanya ada 3 sahaja iaitu:
1. Hukuman penjara
2. Hukuman denda.
3. Digantung lesen

Kemudian, kita bandingkan undang-undang sivil di atas dengan undang-undang syariah.

Dalam undang-undang Syariah Islam, dalam kes bunuh, ada beberapa situasi dan hukuman yang boleh dipertimbangkan;

 

Sathyam Online : Breaking News | Latest Malayalam News | Kerala ...

Beberapa situasi dalam kes kematian atau kes bunuh;

1. Pembunuhan secara sengaja
2. Pembunuhan secara separuh sengaja
3. Pembunuhan secara tersilap, tersalah

Berikut pula beberapa hukuman yang mungkin dipertimbangkan;

1. Bunuh balas / qisas
2. Bayar ganti rugi kpd keluarga si mati / diyaat
3. Pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa.

Ketiga-tiganya adalah pilihan kepada keluarga si mati selepas mahkamah membuat perbicaraan yang adil dan saksama, atas nasihat hakim.

Jom kita tengok apa hikmah dan manfaat di sebalik setiap hukuman.

Apa manfaat bunuh balas?

Ia akan menggerunkan masyarakat supaya takut untuk melakukan jenayah ini lagi.

Apa manfaat bayar ganti rugi / diyaat?

Keluarga si mati akan mendapat pampasan kewangan yang hilang akibat kematian si mati yang mungkin dia adalah pencari nafkah keluarga, atau juga pampasan akibat faktor emosi dan sosial yg menjejaskan ekonomi keluarga si mati. Ia mirip manfaat kepentingan “income protection” dalam takaful dan perancangan kewangan.

Cuba bandingkan pula dengan hukuman undang-undang jenayah sivil tadi?

Apa pula “manfaat” penjara dan denda?

Apa manfaat penjara?

Ia adalah tempat penjenayah dikumpul. Apabila mereka berkumpul sebenarnya mereka masuk ke “universiti” kerana di sana mereka dapat belajar dgn otai-atai lama mereka. Malah selepas keluar, mereka boleh menjalankan aktiviti jenayah kembali dgn lebih cekap.

Dalam tempoh pemenjaraan itu, semua makan, minum, tempat tinggal akan ditanggung oleh kerajaan yang menggunakan cukai rakyat. Adakah Tuan-puan redha cukai kita diguna untuk menanggung kos penjenayah? Difahamkan kos menanggung banduan di penjara adalah RM40 dan ia dari cukai yang kita bayar!

Apa pula manfaat denda?

Denda dibayar kpd kerajaan, bukan keluarga mangsa. Jadi, kerajaan yang dapat manfaat daripada denda yang dibayar oleh penjenayah.

Antara perbezaan besar hukuman undang-undang syariah berbanding hukuman undang-undang sivil ialah hak jatuh hukum selepas perbicaraan adil dilakukan ialah; dalam undang-undang syariah hak tersebut milik ahli keluarga manakala dalam undang-undang sivil hak tersebut milik mahkamah.

Maqasid (tujuan) syariah ialah untuk menjaga kebajikan ahli keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga.

Nampak tak perbezaan besar antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah?

Jika anda ahli keluarga mangsa, mana satu yang anda rasa lebih adil?

Yang mana lebih menepati fitrah manusia?

#SayaSokongHudud
#SayaSokongQisas
#SayaSokongRUUSyariah

Afyan Mat Rawi, LL.B
Jemput follow dan see first

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
COMBO 10 EBOOK KEWANGAN & HARTANAH . Dapatkan semua ini…