fbpx

Viral Tentang Tabung Haji – 2 Point Utama Sebelum Dan Selepas Di Hibah Umumkan

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 362Words
  • 291Views

Jika Tuan-Puan baca tulisan-tulisan saya yang viral tentang Tabung Haji sebelum dan pasca hibah diumumkan, akan ada 2 point utama;

1. Kebarangkalian ramai pendeposit yang mengeluarkan wang mereka dari TH berikutan hibah rendah. Dalam masa sama saya seru supaya tindakan itu diambil dengan rasional, bukan dengan emosional.

2. Usaha penambah baik dan pemulihan TH sewajarnya disokong kerana ia syiar umat Islam di Malaysia dan berkait langsung dengan rukun Islam.

Jika belum baca, boleh baca di

  • Sebelum TH umumkan hibah, ini jangkaan saya. Baca disini
  • Ini pula tentang persepsi negatif tentang TH yg kononnya diambil alih oleh orang “kafir”. Baca disini
  • Selepas hibah diumumkan, ramai yang kata TH untuk pergi haji sahaja, benarkah? Baca disini

Dan saya berusaha sedaya mungkin untuk jauhkan diri dari sentimen politik apabila menulis artikel panjang tentang TH.

Tolak tepi politik kepartian.

Malah tulisan-tulisan saya dikongsi oleh rakan-rakan pro-PH dan yang bukan pro-PH yang cintakan kebenaran.

Tidak kurang juga saya digelar sebagai mahacai dalam masa sama menyandang gelaran walaun. Bukan senang pikul kedua-dua label serentak.

Hahaha!

Asalnya saya nak move-on isu Tabung Haji ini sebenarnya dengan posting terakhir malam tadi.

Tapi pagi ini apabila membaca statement “cerdik” menteri Harapan Coin ini, geram saya rasa nak seru secara dan kempen besar-besaran untuk keluarkan duit dari Tabung Haji.

  • Hibah TH dulu adalah “advance”?
  • Kalau keluarkan bermakna kita tak bayar balik “advance”?
  • Kalau keluarkan bermakna kita berhutang?

Geram ada. Marah ada. Kelakar pun ada. Sedih pun ada, dapat menteri sebegini.

Kita boleh faham, hibah yang diberikan sebelum ini dikatakan tidak mengikut akta jadi kerana diberi dalam keadaan liabiliti melebihi aset.

Dan kita juga faham bahawa TH perlu dipulihkan.

Tapi apabila membaca 2 tweet YB Khalid Samad ini dapat bayangkan pemahaman beliau tentang ekonomi dan nasib Harapan Coin.

Perlu ke sampai memperlekeh pendeposit yang nak keluarkan wang mereka? Jika TH ada hak untuk tak berikan hibah, pendeposit juga ada hak untuk mengeluarkan wang mereka.

Jika dia tak keluarkan 2 tweet statement sebegini, kita tak tahu beliau “cerdik” dalam memahami ekonomi, tapi apabila keluarkan kenyataan sebegini memang sah beliau sangat “cerdik”.

Harap-harap dia tak sambung tweet ke-3. Jika sambung, memang makin menyerlahkan “kecerdikan” beliau.

Oh ya, berapa agaknya pulangan Harapan Coin sekarang? Mungkin 125%.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Takaful Haji VS Tabung Haji? Dah nak masuk tahun 2020,…