fbpx

Wasi atau Hibah, mana lebih baik?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 357Words
  • 170Views

Dipetik dari FB Yunus Soleh

Saya dengar je awak berdua bercerita tentang Takaful. Isu yang dibawangkan ialah,

Wasi atau Hibah, mana lebih baik?

Ok, saya nak potong perbualan awak berdua tapi nampak rancak sangat awak berdua membawang. Jadi, saya memilih untuk diam & menaakul perbualan tersebut sebagai adab dalam komunikasi.

Tiba-tiba, ‘malaikat lalu’. Keadaan sunyi seketika.

Saya mengambil peluang dengan pantas saya membuka mulut.

“Macam ni…..”

Terus mata awak berdua memandang saya.

Saya teruskan bicara,

“Bila kita mencarum takaful, kita tahu takaful merupakan salah satu kaedah terbaik merancang kewangan. Takaful berfungsi untuk memberi keringanan kepada waris terdekat seperti pasangan dan anak-anak terutamanya selepas kematian kita.”

Awak berdua seakan terpegun menanti ungkapan saya yang seterusnya. Tanpa lengah saya terus sambung,

“Ada dua bentuk perancangan melalui Takaful iaitu meletakkan penerima pampasan sebagai wasi atau penerima hibah. Kedua-duanya mempunyai kepentingan tersendiri. Bukan pro & cont tau tapi kepentingan tersendiri bergantung kepada tujuan kita mencarum Takaful.”

Awak berdua kelihatan ternganga. Saya teruskan hujah saya dengan soalan yang saya sendiri menjawabnya,

“Apa kepentingan kedua-duanya? Ok dengar ni. Melalui wasi, pampasan dan nilai tunai yang diterima adalah harta pusaka & tertakluk kepada hukum faraid. Antara kepentingannya, waris yang dinamakan sebagai wasi perlu menguruskan pampasan yang diterima seperti menjelaskan hutang-hutang si mati atau tanggungan si mati.”

“Oh, hibah pulak?”

Awak yang duduk hujung sekali mencelah dengan pertanyaan tersebut. Saya senyum dan menjawab,

“Hibah pula berkepentingan untuk penerima pampasan menjadi pemilik penuh pampasan yang tidak berkewajipan untuk menyelesaikan hutang si mati. Biasanya penerima hibah Takaful ini dilaksanakan untuk memastikan penerimanya dapat menggunakan untuk meneruskan hidup selepas ditinggalkan simati kerana kematian. Selain waris, penerima hibah juga boleh diterima oleh bukan waris seperti anak angkat, anak jiran dan lain-lain bergantung kepada hasrat si mati/peserta Takaful/orang yang dilindungi.”

“Jadi, buatlah pilihan yang bijak bergantung kepada hasrat atau tujuan awak menyertai Takaful.”

Saya nampak awak berdua hanyut dibuai penerangan saya. Saya bangun dan tinggalkan awak berdua terkontang-kanting.

Eh, awak dah baca kisah ‘Saya & Awak’?

Boleh baca kat sini

Yunus Soleh,
Perunding Takaful Anda
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Munyati Awanis  https://www.facebook.com/munyatiawanis.mohdhatta/posts/pfbid0sGHys8qbdLXAfradLWzqgEnnBkvRrAG2ygUpaSCadgEA8GR5kC1Qc89ZNFqammyPl Ting ting. Dapat mesej…