fbpx

Whatsapp VS Telegram

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 278Words
  • 341Views

Ramai tak kawan-kawan saya yg guna applikasi Telegram?

Sejak insiden Whatsapp crash bagi pengguna IPhone pada bulan Mei 2016 lepas, saya ambil tindakan drastik utk menukar semua group whatsapp yg saya handle kpd Telegram.

Sekarang-kurangnya ada 22 group atas nama Team INFAQ Consultancy yg merangkumi bisnes takaful, unit trust, wasiat, Medisavers, seminar, ebook malah juga group-group cawangan INFAQ di JB, KB, Utara dan lain-lain. Itu tak termasuk group aktif yg saya sertai. Hoho!

Dan sejak itu saya lebih suka menggunakan Telegram berbanding Whatsapp.

Banyak kelebihan yg ada lada Telegram tapi tiada pada Whatsapp.

Yg paling utama, semua diskusi disimpan di dalam cloud, bukan di dalam device spt Whatsapp.

Atas sebab itu, Telegram boleh diakses dari satu device ke device lain tanpa perlu synchronize seperti Whatsapp.

Ini ciri yg paling saya gemari. Kerana apabila bateri off, saya masih boleh akses Group-group telegram saya boleh diakses melalui PC atau laptop dan baca semua diskusi dari awal.

Jika Whatsapp, kalau bateri handphone off, memang tak dpt buka dan baca dari device lain.

Ia sangat membantu saya bagi menguruskan ejen-ejen dlm byk group bisnes.

Dan saya turut menggunakan kelebihan telegram – ada fungsi telegram channel utk saya hantarkan info kpd ahli group, secara 1 hala.

Antaranya ialah Channel Tips RM, saya kongsikan tip-tip kewangan secara percuma.

Tuan-Puan boleh join melalui link https://t.me/tipsRM

Tuan-Puan yg ada telegram boleh ikutinya.

Bagi yg tiada telegram pun masih boleh klik dan ikut step seterusnya.

Oh ya, ada 2 kekurangan Telegram yg terpaksa saya akui berbanding Whatsapp.

Telegram masih kurang penggunaannya berbanding Whatsapp dan ia tiada fungsi broadcasting / blasting personal spt Whatsapp.

Jgn lupa klik dan join https://t.me/tipsRM. Banyak tip-tip kewangan saya kongsi di sini 🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh hari terbaca tulisan yg viral tentang tips utk buat…