fbpx

Zakat Hina Saya!

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 348Words
  • 299Views

Satu dari Malaysia Dateline, satu lagi dari Malaysia Gezzate. Kedua-duanya portal berita online.

Tahun 2016, bawa berita “Orang Melayu kita ramai makan di gereja – adu gelandangan Kuala Lumpur”.
Tahun 2021, bawa berita “Zakat Hina Saya! Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun”.

Sengaja memburukkan insitusi zakat

Pendedahan sebegini sengaja dibuat untuk memburukkan institusi zakat. Asal tak dapat bantuan zakat, terus gereja beri bantuan. Asal tak terima zakat fitrah dapat bantuan dari gereja.

Pernah suatu ketika dahulu viral cerita lelaki memohon bantuan gereja di Asia Jaya, lalu Pusat Zakat Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif untuk mencari gereja berkenaan, tidak dapat dijumpai pun gereja mana yang dikatakan sangat mudah memberi bantuan itu.

Kita akui pusat zakat bukan sempurna, tapi dengan cerita satu pihak sebegini untuk membuat tuduhan bahawa Pusat Zakat tak buat kerja adalah tindakan yang melampau.

Ditambah pula dengan naratif “9 tahun dibantu oleh pihak gereja”, menambahkan lagi rencah berita.

Dalam video ini, dikatakan wanita ibu tunggal tersebut berurusan dengan seseorang yang menyebabkan ia tidak dapat bantuan. Jika benar pun berita tersebut, takkanlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap hari Pusat Zakat, NGO Islam, institusi agama dan seumpamanya memberi bantuan makanan kepada fakir miskin, ibu tunggal, gelandangan yang memerlukan bantuan. Tak perlu minta bantuan gereja pun.

Mereka juga manusia, tentu ada kelemahan dan tak mustahil ada yang terlepas pandang. Tapi ia bukan alasan untuk memburukkan institusi zakat.

_____

Topik zakat dalam modul PURIFICATION atau PENYUCIAN harta dalam Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

1. Aliran Tunai

2. Aset dan hutang

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Harga rumah semakin naik, jadi tak ramai orang mampu beli…