fbpx

Zakat : Taubat Seorang Ejen Insurans Konvensional

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 266Words
  • 402Views

“Walaupun saya jual produk insurans konvensional, tapi saya bayar zakat utk sucikan harta saya”

Bro, zakat hanya utk harta suci.

Insurans konvensional adalah haram. Jadi pendapatan insurans konvensional juga haram.

Komisen dari jualan insurans konvensional tidak wajib zakat kerana ia bukan harta suci.

Agak-agak Bro, kalau ada pencuri kata;

“Walaupun saya mencuri, tapi saya bayar zakat utk bersihkan harta saya”

Agak-agak apa akan jadi Bro?

Adakah dgn dia membayar zakat, dapat bersihkan pendapatan hasil daripada mencuri?

Tidak sama sekali.

“Zalim la kalau macam tu. Saya gunakan insuran konvensional utk bantu masyarakat. Di syarikat saya, medical card konvensional lebih murah dari takaful”

Bro, kompeni takaful di Malaysia ada lebih 10.

Kompeni kau sahaja yg mahal. Sebab ejen suka sangat ajar klien buat claim. Sampai ada yg ajar fraud claim. Itu yg jadi mahal apabila tabung tabarruk jadi sikit sebab claim banyak sangat.

Islam tak zalim. Kau yang zalim sebab masih promosi insurans konvensional sedangkan kau ada pilihan utk promosi produk takaful.

“Ok Bro… Saya dah insaf ni. Apa yg saya perlu buat sekarang?”

Alhamdulillah, dah insaf pun.

Bro, kalau kau nak sucikan harta kau bukan dengan cara zakat.

Caranya ialah dengan cara “cleansing”. Ia pembersihan harta juga tapi bukan zakat.

Step-stepnya adalah seperti berikut;

1. Asingkan harta halal dan harta haram

2. Harta haram, serahkan kepada baitulmal utk digunakan utk awam seperti tandas, jalan raya dll

3. Bertaubat tidak mengulangi lagi kesilapan.

4. Harta yg halal, boleh zakatkan. Kebetulan saya diminta utk membantu Khalifah Model School sebagai Penolong Amil Zakat Selangor. Boleh bayar zakat harta melalui portal ini:

http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/

“Terima kasih Bro. Jasa Bro tetap akan kukenang!”

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Zakat pendapatan tiada pada zaman Rasulullah. Ia juga tidak disebut…