fbpx

Tragedi selepas pulang daripada kedai mamak

  • 18 years ago
  • 1Minute
  • 187Words
  • 430Views

(Sempena heboh kedai mamak naikkan harga sesuka hati)

Satu hari saya saya keluar dari kedai mamak, datang seorang kawan.

“Eh, berani kau makan kat sini?”

“Kenapa?”, tanya saya kembali

“Kau tak tau ke, dah heboh orang cerita”, katanya dengan bersungguh-sungguh.

“Cerita apa? cakap lah betul-betul”, gesa saya.

“Syyyy… jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang dengar”, katanya sambil menoleh kanan kiri.

Saya menanti dengan kesabaran

“Mamak ni pakai ilmu untuk lariskan jualan dia”, sambungnya.

“Masa kau makan tadi tak rasa apa-apa?”, tanyanya pula.

Hati saya mula berasa tidak selesa.

“Ada orang cakap, dia pakai seluar dalam masa memasak!”

Tekak saya mula merasa loya. Tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan pun.

“Aku sendiri pernah nampak mamak yang buat air tu kacau air pakai selipar!”.

Saya semakin terperanjat.

“Betulkah begitu? Bila kau nampak?”, tanya saya ingin tahu. Loya bertambah.

Hari-hari aku datang situ nampak. Kadang-kadang pakai kasut”, tambahnya lagi.

“Habis, masa kau nampak tu kau tak tegur dia?” tanya saya geram.

“Laaaa…. memang la dia pakai kasut atau selipar masa buat air. Pakai baju, pakai seluar, pakai singlet, pakai seluar dalam. Takkanlah dia berb*g*l  masa buat air!…..”.

Hampeh punya kawan!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Entri ini memang khusus untuk Sdr Guile... ... ini thumbdrive…