fbpx

Pelaburan RPS / I-RPS: Risiko tinggi dengan pulangan yang tinggi

  • 11 months ago
  • 5Minutes
  • 845Words
  • 349Views

Akhir-akhir ini ramai pula yang duk tanya saya pasal RPS / I-RPS

Sebenarnya saya dah pernah tulis beberapa tahun lepas lagi. Dari tahun 2021 lagi orang duk tanya dan saya pernah tulis.

RPS / I-RPS ini merujuk kepada Redeemable Preference Shares. Ia salah satu instrumen pelaburan di bawah kawal selia pihak autoriti iaitu Suruhanjaya Sekuriti, seumpama unit trust, saham, private mandate dan sebagainya.

Sebenarnya “preference share” adalah game orang-orang kaya atau disebut sebagai High Nett Worth Individual / Investor. Ia sudah lama wujud tapi disebabkan maklumat itu hanya diketahui oleh golongan kayangan, maka ia tidaklah sepopular unit trust, hartanah, saham, Kripto dan sebagainya.

Ia dikeluarkan oleh syarikat swasta untuk mendapatkan modal syarikat dan perlu menghantar information memorandum kepada SC.

Saya sendiri pernah ditawarkan melabur dalam RPS ini dengan tawaran yang muluk-muluk. Malah turut diajak menjadi ejen pemasaran produk ini dengan komisen yang tinggi.

Ya, komisen bagi ejen RPS ini sangat tinggi, melebihi komisen unit trust dan private mandate.

Sebab itu kebanyakan yang jadi ejen memasarkan pelaburan ini adalah daripada kalangan ejen unit trust asalnya.

Sebagaimana produk-produk kewangan lain yang ada di pasaran, pasti akan ada ejen yang misselling dan misleading.

Akan ada ejen-ejen yang mempergunakan nama Suruhanjaya Sekuriti dan patuh syariah sebagai marketing point mereka.

Harus diingat, ia merupakan pelaburan berisiko tinggi dan sebenanrnya tidak ada pun pulangan yang dijamin itu disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Sebagaimana pelaburan lain, ia turut mempunyai risiko. Dalam hal ini, memang pulangan yang ditawarkan adalah tinggi tapi dalam masa sama ia juga mempunyai risiko yang besar.

Modal minima pelaburan RPS ini selalunya RM50,000 ke RM100,000, wicis tak ramai orang kebanyakan memiliki jumlah modal sebanyak ini.

“High risk, high return”

Jadi, ia sesuailah untuk orang-orang kayangan. Setakat RM50,000, kalau syarikat tak berjaya dalam projection keuntungan atau lambat bayar pulangan, tak jadi hal.

Tapi ia jadi masalah apabila setahun dua ini ia dipromosi kepada orang awam tanpa mengira latar belakang kewangan pelaburan. Dan difahamkan group ejensi yang mempromosi RPS / RPS-I ini adalah group ejensi yang bermasalah dalam memasarkn produk pelaburan sebelum ini. Difahamkan juga, komisen ejen juga tinggi, melebihi komisen ejen unit trust menyebabkan ramai juga ejen-ejen unit trust yang tertarik sebagai ejen.

Pelaburan jenis ini adalah game orang-orang kaya yang banyak duit. At least kekayaan bersih atau networth mereka RM3 juta ke atas atau dipanggil sebagai sophisticated investor. Ia bukan untuk orang awam secara amnya.

Tapi ejen-ejen ni terlajak kreatif. Saya pernah dengar ejen cadangkan kepada pelabur buat personal financing untuk dapatkan modal awal dan kemudian bayar ansuran hutang guna duit keuntungan setiap bulan.

Ada juga ejen yang lagi kreatif, ajar supaya pelabur-pelabur berpakat sesama mereka untuk kumpulkan modal di kalangan mereka. .

Ada yang kumpul ahli keluarga dan sanak keluarga untuk berkongsi modal sebab minima pelaburan adalah sekitar RM30,000 ke RM50,000. Ada yang jual tanah. Ada bergolok bergadai untuk melabur.

Kenapa mereka sanggup lakukan semua ini? Sebab tertarik dengan “jaminan oleh Suruhanjaya Sekuriti” dan status patuh syariah.

Aduhai…. Memang ejen yang tak bertanggungjawab, berjumpa pula dengan prospek yang naif dan nak untung besar.

Untuk makluman, jaminan pulangan bulanan itu bukanlah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, tetapi ia hanya ada dalam maklumat informasi pelaburan berkenaan yang diserahkan oleh pihak syarikat kepada SC.

Ia bukan bermaksud bahawa SC mengesahkan pulangan bulanan itu.

Seorang rakan pernah bertanya hal ini kepada saya beberapa tahun lalu, lalu saya explain sebegini rupa dan juga cadangkan agar rakan saya itu menghantar emel kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mendapat pengesahan sejauh mana maklumat yang diterima itu benar.

Tidak lama kemudian, SC memberi maklum balas berkenaan syarikat tersebut seiring maklumat yang saya kongsikan.

Dari sudut instrumen pelaburan, maklumat korporat dan information memorandum – tak ada sebarang masalah. Yang jadi masalah apabila ejen menjual produk pelaburan berkenaan kepada prospek yang tidak sepatutnya dan tawarkan jaminan pulangan yang tidak masuk akal.

SC maklumkan bahawa pelabur perlu membuat due diligence sebelum melabur serta menyiasat dan menyemak sendiri sebelum mempertimbangkan untuk melabur. Ia pelaburan yang legit tapi bukan bermaksud pulangan tetap itu disahkan oleh SC.

Kemudian, pelabur tertarik dengan pulangan yang ditawarkan, ditambah pula dengan dakwaan “disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti”, dipromosi pula oleh ejen yang berpewatakan alim, ada title Dato Sri, menambahkan lagi keyakinan mereka.

Meraka tak siasat pun latar belakang syarikat, potensi syarikat, akaun, audit dan sebagainya. Walhal itulah sepatutnya yang dilakukan sebelum melabur.

Kompeni-kompeni yang menawarkan RPS bukanlah bermaksud ia scam atau penipu. Ia pelaburan yang sah. Malah ada yang patuh syariah iaitu I-RPS.

Cuma kita sebagai pelabur kena sesuaikan diri dengan pelaburan berkenaan kerana ia mempunyai risiko tertentu dan bukan untuk semua orang.

Yang jadi masalah apabila ada ejen yang misleading dan misselling, sebagaimana yang berlaku dalam pelbagai produk kewangan lain seperti takaful, unit trust, private mandate dan seumpamanya.

Produk tak ada masalah tapi yang jadi masalah ialah ejen yang mempromosi apabila berlaku mismatching produk dengan prospek. Sepatutnya ia ditawarkan kepada golongan High Networth (HNW).

Jangan mudah percaya kepada ejen yang menawarkan pulangan yang muluk-muluk. Lakukan due diligence sebelum melabur.

Ia pelaburan yang mempunyai potensi pulangan tinggi yang datang bersama risiko yang tinggi juga.

Jika tidak, terjadilah apa yang terjadi….hari ini….

Afyan Mat Rawi
Penulis buku “Tersontot Di Pintu Shorga”.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
ZAMAN NABI TAK ADA ISLAMIC BANK DAN ISLAMIC FINANCING Ada…