fbpx

Model Kewangan INFAQ

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 649Words
  • 0Views

Model Perancangan Kewangan INFAQ adalah akronim daripada Intelligent & Financial Quetient, yang diasaskan oleh Perunding Kanan INFAQ (C)

Secara umumnya, asas pengurusan kewangan kita rangkumkan kepada 7 modul, sebagaimana berikut;

ALIRAN TUNAI / CASHFLOW;

Cashflow atau aliran tunai ini ialah asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek PENDAPATAN dan PERBELANJAAN. Dalam modul ini, akan diterangkan tentang formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun. Tuan-Puan perlu menyusun cashflow dengan baik dengan formula 30-30-5-5-30 yakni; 30% utk perbelanjaan isi rumah (hosehold), 30% utk pemnayaran hutang (repayment), 5% utk pemberian dan sedekah, 5% utk lain-lain dan lebiah 30%. Lebihan 30% inilah nanti utk digunakan dalam perancangan masa panjang; SIMPANAN, TAKAFUL dan PELABURAN.

PENGURUSAN ASET / NETWORTH;

Networth pula ialah perancangan aset dan pengurusan hutang. Dalam modul ini pula akan diterangkan tentang formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.

SIMPANAN / SAVING;

Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.

PERLINDUNGAN TAKAFUL / PROTECTION;

Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.

PELABURAN / INVESTMENT;

Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

PENYUCIAN HARTA / PURIFICATION;

Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. 

PEWARISAN PUSAKA / INHERITANCE;

Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN  mengikut faraid berjalan lancar.

Belanjawan Model INFAQ


  • 30% Perbelanjaan isi rumah
  • 30% Pembayaran hutang
  • 30% Lebihan
  • 10% Pemberian dan lain-lain

1. 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH

  • sewa,
  • petrol,
  • makan,
  • minum
  • dll

2. 30% PEMBAYARAN HUTANG

  • hutang rumah,
  • hutang kereta,
  • hutang personal,
  • hutang pendidikan
  • dll

    Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dgn maksima 60%.

3. 30% LEBIHAN

3.1 SIMPANAN (10%).

Instrumen simpanan mestilah:

  • Simpanan 10%
  • Perlindungan 10%
  • Pelaburan 10%

Lebihan pula dibahagikan kpd 3:

  • a) Tiada caj dan risiko
  • b) Mudah cair

Kenapa perlu 2 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Atas dasar itu, Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 6% setahun dan ditolak zakat.

Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

3.2 PERLINDUNGAN (10%), melalui takaful.

Perkara yg perlu dilindungi ialah:

  • a) Perlindungan pendapatan
  • b) Penyelesaian hutang
  • c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal.

3.3 PELABURAN (10%), ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.

Pelaburan, melalui kaedah:

  • a) Peningkatan nilai modal, dan
  • b) Pendapatan pasif

4) 10% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.

NOTA:

  1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT & FINANCIAL QUOTIENT dan perkara an INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.
  2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60%
  3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.
  4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Untuktakaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.
  5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

7 Comments
  1. Avatar
    • Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
    • Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?