fbpx

DI MANAKAH MASJIDL-AQSA?

Dahulu, saya selalu menggambarkan Masjidil Aqsa ialah masjid yg berkubak kuning, yg selalu dijadikan poster utk memperingati Palestin.

Seingat saya dari sekolah rendah apabila diberitahu tentang Palestin dan Masjid Al-Aqsa, itulah gambaran yg diberikan.

Saya kira ia juga menjadi gambaran oleh rakan-rakan yg membaca tulisan ini.

Kemudian, selepas sedikit dewasa, ada yg mengatakan bahawa gambaran itu adalah salah dan ia dikatakan propaganda Zionis Israel utk mengelirukan umat Islam antarabangsa. Dikatakan, Masjid Al-Aqsa ialah masjid yg satu lagi, dengan kubah yg berwarna hijau, bukan berwarna kuning. Ada pula poster lain yg “membetulkan” poster sebelum ini dan menunjukkan lokasi sebenar Masjidl-Aqsa.

Dikatakan juga, propaganda gambaran Masjidil-Aqsa utk mengelirukan umat Islam bagi tujuan supaya akan datang apabil masjid sebenar sudah dirobohkan, Zionis boleh tunjukkan kepada dunia gambar dan video Dome Of Rock yg masih elok utk mengatakan bahawa tidak berlaku apa-apa kpd Masjid Al-Aqsa.

Apabila saya tiba di sini barulah saya nampak keadaan sebenar.

“Masjidil Aqsa bukan sekadar masjid”, ayat ini beberapa kali diulang oleh Imam Masjidil-Aqsa, oleh pemandu pelancong kami dan juga pembantu hotel tempat kami menginap.

Masjid yg berkubah kuning adalah sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa. Masjid satu lagi yg menjadi masjid utama yg dijadikan tempat solat pun juga adalah Masjidil-Aqsa.

(NOTA: Kalau malas nak baca tulisan panjang, boleh terus skip ke video penerangan oleh Imam Masjid Al Aqsa di hujung posting ini)

Keluasan Masjidil-Aqsa ialah 144,000 meter persegi. Memang luas. Dari bucu setiap pintu gerbang Masjid hingga ke mihrab.

Di Tanah Suci Al-Aqsa yg menjadi kiblat pertama umat Islam ini ada banyak masjid, antaranya;

 

Kubbatus-Sakhra’ atau dikenal juga Dome Of Rock

 

1. Kubbatus-Sakhra’ atau dikenal juga Dome Of Rock. ( lihat gambar di atas )

Ini yg selalu dijadikan ikon memperingati Palestin dan Al-Aqsa.

Ia dibina pada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan. Di dalamnya terletak batu yg menjadi “check-point” terakhir Rasulullah sebelum berangkat ke langit dalam misi mi’raj baginda.

Kubah kuningnya memang kekal kuning sejak zaman berzaman kerana ia diperbuat daripada emas tulen!

 

2. Masjid utama Masjidl-Aqsa. ( 3 gambar di bawah )

Inilah Masjid Al-Aqsa yg utama. ( gambar di atas ) 
Adeh, terlindung pula kubahnya dek badan saya. Balik Malaysia baru perasan. 
Mungkin kena ke sana lagi utk ambil gambar baru

 

Masjid utama Masjidl-Aqsa. Kubahnya berwarna hijau. ( lihat gambar di atas )

Apabila ia dibina, kawasannya ditinggikan supaya ia sehala dan separas dengan Dome Of Rock yg kedudukan asal lebih tinggi di kawasan peebukitan. Lalu masjid asal menjadi kawasan bawah tanah. 

Ini lokasi solat-solat 5 waktu dijalankan sejak zaman Khalifah Al-Walid ibn Al-Malik, anak kpd khalifah Malik bin Marwan.

Ia dibina utk menggantikan masjid lama Al-Aqsa. Kedudukannya sehala dengan Dome Of Rock. Asalnya ia kawasan itu ialah kawasan rendah.

Apabila ia dibina, kawasannya ditinggikan supaya ia sehala dan separas dengan Dome Of Rock yg kedudukan asal lebih tinggi di kawasan peebukitan. Lalu masjid asal menjadi kawasan bawah tanah. Rujuk masjid pada point ke-3

Kawasan luar masjid utama Al-Aqsa. 
Yg berbentuk bulat itu ialah tempat mengambil wudhuk. ( lihat gambar di atas )

 

3. Old Mosque Al-Aqsa. ( lihat gambar di bawah)

Inilah lokasi asal Masjid Al-Aqsa yg dibuka oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Asalnya sebuah masjid kayu dan sekarang ia berada di kawasan bawah tanah apabila Masjid Utama Al-Aqsa dibina pada zaman Malik Ibn Marwan.

Ia sekarang berada di sebelah kanan masjid utama.

 

4. Masjid Buraq. (lihat gambar di bawah)

Ia berada berdekatan dengan Masjid Lama Al-Aqsa. Pun berada dalam kawasan bawah tanah sekarang, apabila masjid utama dibina.

Ia dikatakan lokasi Buraq yg dinaiki Rasulullah berhenti apabil tiba di Al-Aqsa dalam peristiwa Isra’

 

5. Masjid Al-Marwani. (lihat gambar di bawah)

Jika Masjid Buraq dan Masjid Lama Al-Aqsa berada di sebelah kanan Masjid, Masjid Al-Marwani pula berada di kedudukan sebelah kiri masjid

Ia dibina pada zaman Abdul Malik bin Marwan, berdekatan dengan Maqam Nabi Sulaiman.

Di sini juga terdapat Maqam Maryam, lokasi yg dipercayai Saidatina Maryam beruzlah sebelum melahirkan Nabi Allah Isa alaihissalam.

Negara haram Zionis Israel menuntut sebahagian daripada kawasan ini kerana katanya ia kawasan suci agama mereka, tapi gagal kerana dipertahankan oleh umat Islam Palestin.

—-
Rujuk gambar-gambar yg disertakan utk gambaran lebih dekat.

Di hujung posting, saya sertakan video penerangan oleh Imam Masjid Al-Aqsa sendiri

Lagi catatan, gambar dan video dlm Album “Travelog 3 Kembara” atau hashtag #Travelog3Kembara

Mohon sokongan rakan-rakan utk komen, like dan kongsikan tulisan ini supaya memberi semangat utk saya terus menulis pengalaman 3 Kembara ini 🙂

Jangan lupa follow & klik see first Afyan Mat Rawi utk lagi tip perkongsian kehidupan, bisnes & kewangan.

 

Video penerangan oleh Imam Masjid Al-Aqsa sendiri

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com