Bukan Mohon Simpati, Cuma Pinta Doa Disusuli…
Bukan Mohon Simpati, Cuma Pinta Doa Disusuli….
Salam hormat, buat kawan-kawan pembaca…
Saya berfikir berpuluh-puluh kali sebelum menulis entri ini di dalam blog ini. Ia terlalu personal. Asalnya ia adalah emel melalui yahoogroup yang saya tulis buat rakan-rakan terdekat saya.
Semenjak minggu lalu saya berfikir untuk memasukkannya sebagai entri di blog ini, dan akhirnya hari ini barulah saya melaksanakannya…..
Saya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya, namun apa yang saya pinta hanyalah doa daripada sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung semua.
Selepas melahirkan zuriat kami pada 19 Februari yang lalu, isteri saya mengalami sedikit masalah urat saraf yang menyebabkan beliau tidak dapat bangun daripada katil hospital. Mulanya saya sangka hanyalah masalah kecil tersalah urat.
Lalu apabila dibawa ke kampung halaman, bidan kampung dibawa untuk mengurut sebagaimana biasa apabila seorang ibu yang berpantang.
Selepas beberapa hari masih belum pulih, saya cuba mendapatkan seorang nasihat daripada seorang ustaz perubatan Islam. Dia mencadangkan saya untuk berubat dengan seorang tukang urut batin. Saya mencubanya. Selepas beberapa hari kemudian ia masih belum mendatangkan hasil.
Saya mencuba cara lain, melalui perubatan Islam seorang ustaz pengamal perubatan Islam di Gombak. Air penawar diberikan kerana ustaz tersebut di KL dan isteri saya di Melaka. Beberapa hari kemudian ia tidak juga mendatangkan hasil.
Setelah beberapa cara tradisional masih belum memadai, maka pada hari khamis minggu lepas (5 Mac) saya membawanya ke hospital pakar. Setelah di-X ray, alhamdulillah tiada sebarang kecederaan dalaman dialami. Doktor memberi ubat penahan sakit dan diminta pulang. Katanya ubat ini akan memberi menahan kesakitan dan dia akan boleh berjalan kembali.
Namun mendukacitakan ubat tersebut tidak memberikan sebarang hasil, maka isteri saya ditahan di hospital. Sehingga emel ini ditulis beliau masih lagi di wad. Keadaan beliau masih seperti awal, cuma kesakitan yang dialaminya semakin kurang apabila beberapa kali diberi ubat penahan sakit dan menjalani fisioterapi.
Saya masih belum mendaftarkan nama anak saya kerana semenjak daripada kelahiran, saya hanya beberapa hari pulang ke KL tidak berkesempatan untuk ke Jabatan Pendaftaran untuk menguruskannya.
Hari ini (11 Mac) genap seminggu isteri saya berada di wad Hospital Pakar Putra, Melaka, dan genap pula 3 minggu usia anak saya yang masih belum didaftarkan namanya, dan genap 3 minggu ibunya menahan sakit belakang yang menyebabkan beliau tidak dapat bangun.
Maaf sangat-sangat entri kali ini terlalu personal dan emosional. Namun doa daripada kalian amat-amat saya harapkan.
Maaf.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
harap abang afyan besabar.. moga moga isteri cepat sembohhh..
semoga cepat sembuh. amin
Terima kasih atas ingatan semua
akum…isteri belum kuar wad lagi ker?
dekat hospital pakar dorang wat per?
x-ray je kerr ataupun buat mri?
klu belum wat mri, cuber wat mungking ade urat² yang problem…
maser bersalin tu ari ader ambik epidural tak?
sebelum ni pernah jatuh ker?
Terima kasih atas keprihatinan Nisrin
isteri belum kuar wad lagi ker?
Sehari selepas entri ini, beliau telah dikeluarkan daripada wad. Alhamdulillah ada penigkatan namun sehingga kini belum pulih sepenuhnya.
dekat hospital pakar dorang wat per?
x-ray je kerr ataupun buat mri?
klu belum wat mri, cuber wat mungking ade urat² yang problem…
Di hospital doktor telah jalankan x-ray dan mri. Doktor kata ada masalah otot.
maser bersalin tu ari ader ambik epidural tak?
Isteri saya bersalin normal. Tidak gunakan epidural
sebelum ni pernah jatuh ker?
Ya, beliau pernah jatuh. Doktor kata mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang.
Sekali lagi terima kasih atas keprihatinan Nisrin. Moga Allah membalasnya.
Salam..
hmm..ape kata u try prgi hospital kerajaann
sumtimes hosp swasta lebey mementingkn duit..
maksud saya…more longer u stay..much more u spend..but the result either same or xdek lgsg..lambat n so on.
sbb tu SOMETIMES gomen hosp also the best choice.
But suma terpulang pd u..
Pnah dgr, bile melahirkan baby…ada yg akan dpt risiko2 penyakit. Pelbagai..dr yg biasa kte dgr sampai la yg xpnah kte dgr nama penyakit. But hopefully simpang malaikat dgn panyakit2 berbahaya nih.
Juz hope moga ur wife akan sihat seperti sediakala…
AMin
Manda,
Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan. Saya amat-amat hargainya.
Tentang hospital swasta yang mementingkan duit, memang saya sudah sebutkan di dalam entri https://afyan.com/ver1/?p=497.
Sekarang kami melakukan rawatan tradisional, berurut.
Alhamdulillah beransur pulih, namun belum sepenuhnya.
Sekali lagi terima kasih atas ingatan dan keprihatinan.