fbpx

Siapa Afyan?

  • 2Minutes
  • 401Words
  • 2Views
Afyan Mat Rawi

AFYAN MAT RAWI merupakan seorang perunding kewagan bertauliah IFP (islamic Financial Planner) dan juga seorang adalah trainer dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn Bhd.

Beliau berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau aktif memberikan nasihat kewangan, panduan pelaburan, pengurusan hutang dan pendidikan kewangan kepada masyarakat melalui pelbagai medium termasuk media sosial, blog, artikel, buku, bengkel dan seminar.

Ketokohannya dalam bidang ini telah memberikan impak yang besar kepada cara rakyat Malaysia menguruskan kewangan peribadi mereka.

3

Latar Pendidikan dan Kerjaya

Afyan terlihat dalam bidang kewangan sejak tahun 2003 sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang daripada Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

Kemudian beliau juga memperolehi pentauliahan Islamic Financial Planner (challenge status) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia pada tahun 2011.

Kehadiran di Media Sosial

Di era digital ini, Afyan memanfaatkan media sosial untuk mencapai lebih ramai orang. Beliau aktif di pelbagai platform seperti blog, Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok, YouTube di mana beliau berkongsi tip kewangan, artikel dan video pendek mengenai isu kewangan semasa, dan pandangan peribadinya mengenai perkembangan dalam dunia kewangan.

Kehadirannya di media sosial membolehkan beliau berinteraksi secara langsung dengan pengikutnya, menjawab soalan, dan memberikan nasihat secara real-time.

Penampilan di Media Massa

Rentetan daripada pengaruh daripada media sosial, tulisan-tulisan beliau turut disiarkan media massa seperti Harian Metro, Utusan Malaysia dan Kosmo

Tulisan-tulisan Sdra Afyan juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia.

Malah beliau juga banyak kali dijemput untuk muncul di kaca TV dan radio dalam rancangan “Magnet Diri”, dan “Assalamualaikum”, “Maqasid Syariah” di TV Al-Hijrah, “Wanita Hari Ini”, “Syariah Meja Bulat” “Borak Kopitiam” di TV3, Bernama Radio dan Kool FM TV.

Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Magnet Diri” dan “Assalamualaikum”, di TV Al-Hijrah.

Penulisan

Sehingga kini, beliau sudah menghasilkan beberapa buah buku yang diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan,

Ikuti perkongsian beliau tentang pengurusan kewangan dan kehidupan, di FB personal beliau di :

Like page rasmi INFAQ Consultancy utk tip-tip kewangan di Facebook.com/infaq.my

Beliau boleh dihubungi melalui emel infaq.my@gmail.com atau telegram @afyan_ifp

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment