Ada Je Ejen Tak Puas Hati
Tadi saya update tulisan lama saya tentang keluhan pelanggan-pelanggan medical card yang melanggan medical card yang “kononnya” ada saving.
Tup-tup, ada ejen ni tak puas hati. Datang pula dengan bahasa kurang ajar.
Satu sahaja soalan saya; kalau ada yang salah dlm tulisan saya, boleh tolong tunjukkan.
Saya tiada masalah untuk mana-mana ejen tidak bersetuju dengan tulisan saya. Tapi biarlah dengan fakta, bukan auta.
Kalau ada salah, tunjukkan di mana. Kalau benar salah, saya boleh betulkan.
Produk medical card sama ada stand alone, atau rider – tiada masalah. Yang jadi masalah besar ialah apabila ejen promo medical card rider mengatakan ia boleh dijadikan instrumen saving dan investment.
Saya memiliki kedua-duanya.
Saya kongsikan di sini buat kenangan setiap tahun “on this day” dan menunggu respon ejen ini.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran