fbpx

Bagaimana Menjalankan Bisnes Ketika Hari Raya?

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 239Words
  • 501Views

BAGAIMANA MENJALANKAN BISNES KETIKA HARI RAYA?

“Wah, orang nak raya, kau fikir pasal bisnes, Afyan?”

Rileks, baca sampai habis 🙂

Saya orang bisnes, sekalipun hari raya bisnes tetap berjalan. Bisnes pun satu ibadah juga, bukan?

Bisnes bukan sekadar menjual, atau mempromosi.

Tak perlu menjual atau mempromosi ketika musim perayaan, orang akan menyampah!

Saya pun menyampah kalau ada sanak saudara atau sahabat handai datang beraya tapi bercerita tentang produk dan bisnes dengan tujuan mempromosi atau menjual.

Saya pernah alami, siap bawa brosur dan katalog lagi!

Menyampah bukan?

“Aik, tadi kata bagaimana menjalankan bisnes ketika hari raya?”

Betullah itu, bisnes bukan sekadar menjual atau mempromosi. Ia lebih dari itu.

Black network.cdr

Di hari raya, aktiviti bisnes yang boleh kita jalankan ialah aktiviti memprospek atau dengan kata lain ialah MEMBINA NETWORKING.

Bagaimana jalankannya?

Sudah memadai dengan dapatkan maklumat perhubungan dan nama dengan rakan-rakan baru dan saudara mara yang lama tidak bertemu. Kalau lebih baik lagi, dapatkan latar pekerjaan serba sedikit.

Cukup, tidak lebih daripada itu. Gunakan masa perayaan untuk bersembang hal-hal ringan dan JANGAN SEKALI MEMPROMOSI ATAU MENJUAL.

Cukup hanya aktiviti mendapatkan PROSPEK dan bina hubungan atau NETWORKING.

Kecuali, ada orang yang serius bertanyakan hal bisnes kita. Untuk orang sebegitu, kita boleh jumpa personal.

Be profesional!

Selepas raya kelak, boleh hubungi mereka. Haa, masa ini baru kita JUAL dan PROMOTE!

0c87a44

Itu sahaja tip daripada saya 🙂

Moga amalan kita semua diterima oleh ALLAH.

Salam Aidilfitri daripada rakan bisnes anda,

AFYAN MAT RAWI,
INFAQ Consultancy & Advisory.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
ISU MANIPULASI EMAS / Emas Delay / Emas Kontra /…