Medical Card Cover Tak Kalau Pelanggan Request Admission?
Saya menerima soalan ini dari Tuan Dr Nazil Nuhairi dan ini komen saya;
Jika pesakit minta dimasukkan ke wad dan doktor approve – tiada sebab untuk takaful tolak claim selagi mana ia kes genuine dan ikut kontrak polisi.
Tapi ia rugi untuk jangka masa panjang.
1. Rugi kepada pemegang polisi
Rugi kepada pemegang polisi berkenaan, apabila limit tahunan dan limit seumur hidup akan berkurangan.
Jika dibiasakan masuk hospital untuk claim kecil, lama-lama akan terkumpul jadi banyak.
Kelak, apabila timbul penyakit besar dan tak cukup limit, masa tu baru menyesal.
2. Rugi kepada syarikat dan industri untuk jangka masa panjang.
Apabila ia menjadi kebiasaan dan ramai yang buat begini, tabung tabarruk yang membayar claim akan berkurangan.
Apabila tabungan tabarruk tersebut berkurangan, maka harga caruman untuk renewal atau pelanggan baru akan dinaikkan.
Ia pernah berlaku pada sebuah syarikat takaful yang ejen-ejen suatu ketika dahulu fokus kepada medical card malah menggalakkan klien buat claim medical card dan elaun hospital.
Selling point yang diguna “kalau sakit, masuk hospital untuk rehat – medical card bayar bil. Keluar dapat duit – claim elaun hospital”.
Kesannya berlaku hari ini, apabila harga medical card syarikat berkenaan makin naik dan makin naik, prosedur makin diperketatkan, manfaat elaun hospital dihadkan dan lain-lain prosedur tambahan bagi kemasukan ke hospital.
Wallahualam.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran