Orang kita memang sensitif…
Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi.
Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini.
Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.
Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari.
Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.
Orang kita memang sensitif dengan berita makanan yang disyaki ada DNA babi, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini.
Teguran dan muhasabah ini untuk diri sendiri,
Sayalah orang kita yang dimaksudkan ini,
Usah terasa atau simpan di dalam hati,
Nanti saya tulis lagi 🙂
Afyan Mat Rawi,
Jasin, Melaka.
6 Syawal 1434 bersamaan 13 Ogos 2013,
Jam 12 tengah malam
(Sambil menunggu meteor yang tidak kunjung tiba lagi)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran