fbpx

Panduan Memilih Medical Card Terbaik

  • 3 months ago
  • 9Minutes
  • 1846Words
  • 9Views

Apabila memperkatakan tentang medical card takaful, perkara-perkara berikut selalunya bermain di fikiran;

“Apakah medical card terbaik?”

“Saya sudah ada medical card dengan coverage RM 1 juta. Ia sudah mencukupi”

“Kompeni saya sudah ada medical card. Jadi saya tidak perlu lagi mengambil yang lain”

“Susah betul claim medical card dengan komeni X”

“Saya kakitangan kerajaan, jadi tidak perlu lagi medical card”

Sebenarnya tidak ada istilah “medical card terbaik”, kerana semua ejen di semua syarikat takaful akan mengaku mereka terbaik, no 1 dan sebagainya.

Berikut beberapa tip penting, apabila melanggan medical card takaful;

1. “Medical Card saya sudah ada coverage RM1 Juta!”

Fokus kepada lifetime coverage (perlindungan seumur hidup) atau annual coverage (perlindungan tahunan)?

Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Jangan mudah terpengaruh apabila ada ejen takaful / insurans yang membuat promosi “Medical Card Coverage RM1 Juta!’.

Semak terlebih dahulu, covera RM juta itu tahunan atau seumur hidup.

Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai “Unlimited” atau tanpa had.

Ada dua situasi:

Medical card A:
Limit Tahunan : RM100,000
Limit Seumur Hidup : Unlimited

Medical Card B
Limit Tahunan : No Limited
Limit Seumur Hidup : RM 1 Juta

Medical Card A, walaupun had seumur hidup unlimited tetapi ia memberi indikator, kalau nak claim banyak perlu claim maksima RM100,000 setiap tahun.

Jika 10 tahun claim RM100,000 maka akan cecah RM1 juta yang mana, ia situasi yg sangat rare kerana jika seseorang menjalani kos pembedahan RM100,000 selalunya ia sudah kritikal dan akan meninggal dunia.

Agak mustahil utk seseorang dimasukkan ke hospital dan kemudian menjalani rawatan dgn kos RM100,000 setiap tahun melebihi 10 tahun.

Pengalaman saya, apabila saya tanyakan otai-otai dalam industri insurans konvensional yang sudah lama berkecimpung dengan dunia insurans dan medical card – tidak pernah berlaku lagi seseorang itu claim sehingga tidak cukup had seumur hidup medical card.

Tapi yg selalu berlaku ialah claim sehingga melebihi had tahunan, dan kemudian perlu top-up dgn duit sendiri. Apabila had limit tahunan tidak mencukupi, terpaksa keluarkan duit simpanan sendiri utk membiayai kos perubatan.

Ini keratan akhbar berita tentang seorang pemegang medical card insurans / takaful yang claim melebihi had tahunan / annual limit medical cardnya.

Berita di atas, dipetik dari Berita Harian berkenaan seorang pemegang medical card insurans / takaful yang claim melebihi had tahunan / annual limit medical cardnya. Apabila itu berlaku, dia terpaksa keluarkan duit sendiri yang berjumlah RM23,000.

Pengajaran yang perlu kita ambil ialah, apabila melanggan medical card, fokus kepada had tahunan, bukan kepada had seumur hidup semata-mata.

Lebih tinggi lebih baik, kerana Kos rawatan kanser hari ini boleh mencecah sehingga RM300,000.

Kos hospital pada hari ini boleh mencecah RM300,000 utk rawatan kanser.

2. Mana lebih baik, medical card rider atau medical card stand alone?

Secara umunya, setiap produk ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.

Apabia membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas suapaya dapat membuat penilaian yang adil.

Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.

Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.

Berikut beberapa poin penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.

Kad Perubatan Stand Alone;

Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.

Kelebihan:

  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas

Kekurangan:

  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.

Kad Perubatan Rider

Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.

Kelebihan

  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai

Kekurangan

  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat (Bergantung kepada polisi).

Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.

NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keuntungan dana pelaburan.

3. “Saya kakitangan kerajaan, tidak perlu lagi medical card kerana sudah ada GL  (guarantee letter) utk hospital kerajaan. Semua sudah cover”.

Ini selalunya alasan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan utk menolak medical card.

Ya, diakui dari segi kepakaran dan fasiliti – selalunya hospital kerajaan lebih baik. Ada sesetengah kes yang tidak dapat ditangani oleh hospital swasta terpaksa dihantar juga ke hospital kerajaan.

Apapun, pertimbangkan situasi-situasi berikut;-

a. Di kawasan yang berkepadatan tinggi – berapa jumlah hospital kerajaan dibandingkan dengan hospital swasta?

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur – ada hanya 1 hospital kerajaan iaitu HKL – Hospital Kuala Lumpur atau dahulu dikenali sebagai HBKL – Hospital Besar Kuala Lumpur, atau nama glamournya GH (General Hospital).

Dalam masa sama – ada banyak hospital swasta di KL seperti Hospital Pusrawi, Hospital Tawakal, Hospital Columbia, Hospital Gleaneagles, Hospital Prince Court, Hospital Damai dan lain-lain.

Mengapa situasi ini terjadi? Sebab SATU hospital kerajaan tidak cukup utk menampung penduduk yang ada di Kuala Lumpur.

Justeru, tidak hairan jika di hospital-hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu lama untuk menerima rawatan malah mungkin berlaku tidak cukup katil dan bilik wad.

b. Hospital kerajaan lebih murah, manakala hospital swasta lebih mahal.

Ya, betul. Hospital swasta lebih mahal kerana ia berorientasikan bisnes dan 100% datang daripada wang pesakit. Tidak seperti hospital kerajaan yang mempunyai subsidi daripada kerajaan.

Justeru, hospital swasta lebih mahal dan ia perlu datang dengan servis yang lebih baik.

Jarang berlaku di hospital swasta, wad dan katil pesakit tidak cukup sebagaimana yang berlaku di hospital kerajaan.

Jika di hospital kerajaan, pesakit yang datang sedaya upaya dielakkan untuk dimasukkan ke dalam wad dan jika diwadkan – akan sedaya upaya keluar awal. Manakala di hospital swasta pula sebaliknya. Lebih lama tinggal di hospital swasta, hospital lebih suka kerana lebih tinggi bil yang akan dikenakan.

Malah di hospital swasta, kita boleh memilih bilik yang kita ingin wadkan – bilik 4 katil, bilik 2 katil atau bilik satu katil. Malah ada bilik berstatus premium.

Sudah tentu, untuk mendapatkan semua ini memerlukan kos. Berita baiknya, ia boleh ditanggung oleh medical card.

c. Benarkah, jika kakitangan kerajaan masuk hospital kerajaan – akan ditanggung sepenuhnya?

Setahu saya, tidak begitu.

Jika kes-kes kritikal, akan ada kos yang perlu ditanggug oleh pesakit selain daripada subsidi yang diberikan kerajaan.

Sebagai contoh, kes ini:

Berdasarkan keratan-keratan akhbar di atas, guru sekolah kerajaan yang dimasukkan ke hospital kerajaan pun masih perlu mendapatkan sumbangan dari orang ramai untuk menampung kos perubatan di hospital kerajaan.

Jadi, dakwaan yang mengatakan bahawa “hospital kerajaan cover semua”, adalah tidak tepat.

4. “Saya sudah ada medical card dari syarikat tempat saya kerja. Jadi tidak perlu lagi menagmbil medical card”

Ya, kita beruntung sekiranya kita mempunyai medical card dari syarikat.

Ia sebagai nilai tambah bagi seorang pekerja.

Apa pun, nilaikan situasi-situasi berikut;-

a. Analogi – jika syarikat berikan kereta, adakah kita akan beli kereta lain?

Juga analogi lain – jika syarikat berikan telefon, adakah kita akan beli telefon peribadi?

Selalunya, akan beli lain. Sebab kita tahu bahawa kereta atau telefon yang diberikan oleh syarikat adalah milik syarikat – bukan milik peribadi. Ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Justeru, perlu ada kereta atau telefon peribadi untuk kegunaan peribadi.

Maka begitu jugalah dalam hal insurans dan medical card. Perlu ada milik peribadi dan daripada syarikat adalah bonus.

Jika kereta atau telefon milik syarikat, ditarik balik – boleh guna kereta dan telefon peribadi. Begitu jugalah, sekiranya sekiranya medical card milik syarikat ditarik balik – maka ada medical card peribadi utk digunakan.

b. Sekiranya bertukar kerja

Kebanyakan generasi Gen-Y, selalu berubah-ubah tempat kerja. Jadi, perlu ada medical card milik peribadi sekiranya tempat kerja baru tidak ada menyediakan medical card.

Begitu juga apabila berhenti kerja dan memulakan bisnes, maka perlu juga medical card utk peribadi.

Mungkin ada yang terfikir “tidak mengapa, nanti saya berhenti kerja baru saya ambil medical card”.

Itu satu perancangan yang bijak – tapi perlu diatur dengan baik sebab mana-mana medical card akan ada tempoh menunggu 30 hingga 120 hari (bergantung kepada jenis penyakit) sebelum ia berkuatkuasa sepenuhnya.

Jadi, jika anda tukar atau berhenti kerja hari ini, dan melanggan medical card keesokan harinya, ia perlu menunggu sehingga maksima 120 hari tempoh menunggu sebelum ia berkuatkuasa sepenuhnya.

Bermakna, jika dalam tempoh menunggu itu anda ditakdirkan ditimpa penyakit, medical card tersebut tidak dapat membantu.

c. Sekiranya pencen

Secinta dan sesayang mana pun anda kepada syarikat tempat anda kerja, akhir sekali anda perlu berhenti selewat-lewatnya pada usia pencen – 55 atau 60 tahun.

Mungkin ada yang terfikir “tidak mengapa, saya akan ambil selepas saya pencen kelak”.

Dalam usia yang sudah lanjut, sudah tentu keadaan kesihatan sudah tidak baik lagi. Medical card hanya layak diambil oleh mereka yang sihat. Sekiranya mempunyai masalah kesihatan – kebarangkalian besar ia akan ditolak.

Apatah lagi apabila mempunyai penyakit 3 serangkai – sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Justeru, seeloknya medical card diambil dari muda di kala sihat sejahtera berbanding hendak tunggu tua kelak.

4. Polisi Medical Card 3 dalam 1.

Ada sesetengah ejen mempormosi medical card takaful yang dikatakan ada sekali dengan simpanan dan pelaburan.

Ya, ia wujud tapi ketahuilah bahawasanya fungsi utama takaful medical card adalah utk perlindungan bukan utk simpanan atau pelaburan.

Jika ada pun pelaburan atau simpanan, ia sangat-sangat-sangat minima berbanding jumlah yang kita bayar.

Baca juga artikel di http://rahsiatakaful.com/v1/medical-card-3-dalam-1

Apabila kita memiliki medical card, jika kita dimasukkan hospital, soalan mana yang akan keluar?

“Berapa simpanan polisi saya?”

“Berapa cash value medical card saya?”

Atau;

“Saya layak bilik wad yang harga berapa?”

“Berapa cover maksima yang boleh saya claim?”

Sudah tentu apabila jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, perkara utama ialah tentang coverage yang kita ambil, bukan tentang berapa banyak simpanan atau cash value.

Jadi, fokus kepada perlindungan bukan kepada berapa banyak simpanan dan nilai tunai.

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Isi borang dibawah (Hanya utk sekitar Lembah Klang sahaja)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?