fbpx

Perancangan Kewangan: Simpanan Sebagai Elemen Penting

  • 7 years ago
  • 3Minutes
  • 519Words
  • 515Views

Tulisan perunding kami yang tersiar di Harian Metro.

“Ambil Berat 7 Perkara Dalam Perancangan Kewangan: Simpanan Sebagai Elemen Penting

]http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambilberat7perkara/Article/index_html

Perancangan Kewangan: Simpanan Sebagai Elemen Penting

Dalam model perancangan kewangan, terdapat tujuh perkara perlu dititikberatkan iaitu pendapatan, perbelanjaan, simpanan, perlindungan kewangan, pelaburan, penyucian (zakat dan sedekah) serta pembahagian (wasiat dan faraid).

Simpanan adalah antara perkara utama perlu diambil kira kerana ia mungkin jadi satu perkara penting yang sukar dilakukan.
Mengikut statistik yang dicatatkan, 23.4 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan, 17 peratus memiliki simpanan satu hingga dua bulan perbelanjaan, 17.5 peratus (tiga hingga enam bulan belanja) dan sekitar 42.1 peratus (lebih enam bulan belanja).

Secara umumnya, kesedaran mengenai amalan membuat simpanan masih rendah di Malaysia sedangkan ia penting dalam aliran tunai kewangan seseorang dan berkait rapat dengan pendapatan serta perbelanjaan.

Semua buku pengurusan kewangan di seluruh dunia dan tempatan menekankan pentingnya mempunyai simpanan.

Simpanan perlu diletakkan sebelum perlindungan dan pelaburan. Sekiranya seseorang itu gagal menyimpan, maka sebenarnya dia gagal menguruskan kewangannya dengan baik kerana ia satu tanda aras pengurusan kewangan yang baik.

Sebelum memulakan simpanan, kita perlu menetapkan matlamat untuk apa simpanan itu dibuat.
Ada orang menyimpan untuk membeli rumah, menabung untuk pendidikan anak, untuk persaraan atau untuk menunaikan haji.

Simpanan paling utama untuk dana rizab atau dana kecemasan. Tujuannya untuk menyediakan kewangan yang cukup untuk memastikan kestabilan hidup seandainya kewangan terjejas.

Dalam kisah Nabi Yusof, Raja Mesir bermimpi tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, serta melihat tujuh tangkai gandum hijau di samping tujuh tangkai gandum kering.

Nabi Yusof mentafsirkan mimpi tersebut bahawa negara Mesir akan menghadapi tujuh tahun musim kemarau selepas tujuh tahun musim menuai hasil. Nabi Yusof menyarankan agar tujuh tahun pertama digunakan sebaik-baiknya untuk menanam dan menuai hasil dalam masa sama menyimpan sebahagiannya untuk menghadapi musim kemarau selepas itu.

Saya berpendapat, jumlah sepatutnya perlu diketepikan sebagai simpanan untuk tujuh tahun perbelanjaan.

Mungkin ada berpendapat jumlah berkenaan terlalu tinggi terutama bagi yang berpendapatan kecil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mempunyai pendapatan RM2,000 sebulan, maka adakah beliau perlu menyimpan RM168,000 (RM2,000 x 12 bulan x 7 tahun)? Ia bergantung kepada jumlah perbelanjaan dan bukan pendapatan bersih dimiliki setiap bulan. Ini kerana, jumlah perbelanjaan tidak seharusnya melebihi pendapatan kerana jika keadaan itu berlaku, maka ia menandakan kita berada dalam masalah besar.

Bagi mereka berpendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan juga dalam jumlah sama, maka terdapat dua pilihan yang boleh membantu iaitu mengurangkan perbelanjaan atau menambah pendapatan.

Saya mencadangkan agar kedua-dua perkara berkenaan dapat dilaksanakan. Ramai orang menghadapi masalah kekurangan wang, menumpukan aspek penambahan pendapatan. Namun, apabila pendapatan bertambah, maka perbelanjaan juga turut bertambah dan ia tidak menyelesaikan masalah. Ia umpama menggali lubang untuk menutup lubang saja.

Dengan mengurangkan perbelanjaan, secara automatik ia seolah-olah menambah pendapatan sedia ada. Sebagai contoh, sekiranya perbelanjaan RM2,000 sebulan, dengan mengurangkan perbelanjaan kepada RM1,900, ia menunjukkan seolah-olah pendapatan bertambah RM100. Ini bermakna, jika selama ini di hujung bulan tiada langsung duit baki, tetapi dengan cara pertama ini, kita memiliki baki RM100 di hujung bulan.

Bagi segelintir individu pula, mereka tidak boleh langsung mengurangkan perbelanjaan dan ini bermakna, menambahkan pendapatan cara terbaik.
Namun, harus dipastikan, selepas menambah pendapatan, jumlah perbelanjaan harus dikekalkan seperti sebelumnya.

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
SOALAN; Bolehkah keluarga mangsa MH370 membuat tuntutan insurans hayat atau…