Takaful Basic Examination (TBE)
- Takaful Basic Examination (TBE)
- Nota dan Soalan Peperiksaan Insurans/takaful
- Contoh Soalan Peperiksaan (contoh soalan tbe)
- Tip Mudah Lulus peperiksaan TBE
Takaful Basic Examination (TBE)
TBE atau Peperiksaan Asas Takaful adalah penilaian kelayakan kemasukan untuk semua mereka yang berhasrat untuk menjadi ejen takaful berdaftar dalam industri perkhidmatan kewangan yang mempromosikan produk dan perkhidmatan takaful. Ia adalah kelayakan wajib untuk membina kerjaya sebagai seorang perunding takaful selain meningkatkan kecekapan dan profesionalisme ejen takaful.
Pelaksanaan TBE telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 dan keperluan individu untuk lulus TBE ditetapkan dalam Perjanjian Pengendali Antara Takaful MTA di mana setiap pemohon baharu yang ingin berdaftar sebagai Ejen (termasuk penama korporat) perlu lulus TBE atau yang setaraf dengannya seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan (MC).
Selepas lulus TBE ini, anda layak untuk mendaftar sebagai agen takaful serta membina kerjaya dalam industri perkhidmatan kewangan dalam mempromosi produk-produk dan perkhidmatan takaful.
Nota dan Soalan Peperiksaan Insurans/takaful
Nota padat merangkumi pelbagai topik kewangan yang melibatkan takaful. Asas Takaful, Takaful AM, Takaful Keluarga, Takaful berkaitan Pelaburan & sebagainya.
Contoh Soalan Peperiksaan (contoh soalan TBE)
Set soalan – Sebagai persediaan untuk anda memahami bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya. Set contoh soalan TBE ini akan membantu anda membuat persediaan sebaiknya.
NOTA: Set soalan yang dilampirkan BUKAN soalan ramalam, BUKAN soalan bocor dan BUKAN soalan sebenar peperiksaan.
- Set Soalan TBE 1
- Set Soalan TBE 2
- Set Soalan TBE 3
- Set Soalan TBE 4
- Set Soalan TBE 5
- Set Soalan TBE 6
- Set Soalan TBE 7
- Set Soalan TBE 8
- Set Soalan TBE 9
Tip Mudah Lulus peperiksaan TBE
Tips mudah untuk lulus TBE adalah ulang kaji contoh soalan dalam pada masa yang sama jadikan nota TBE Exam sebagai rujukan.
Kebanyakan yang gagal dalam penilaian TBE adalah disebabkan tidak mengulang kaji nota TBE dengan hanya mengharapkan contoh-contoh soalan sahaja dan ulang kaji saat-saat akhir. Walhal, ia boleh menjadi lebih mudah jika anda memahami nota TBE terlebih dahulu kemudian membuat latih tubi menjawab contoh-contoh soalan. Anda akan lebih memahami bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya nanti.
- Mentelaah semua nota yang diberi. Paling penting, fahami semua konsep dengan tepat.
- Membuat latih tubi contoh-contoh soalan sebanyak mungkin.
- Elak mengulang kaji di saat akhir. Anda mungkin akan lost ketika menjawab exam.
- Rujuk senior ejen atau leader takaful anda jika masih ragu-ragu walaupun sudah membaca nota.
- Tenang dan tawakal kepada Allah ketika menjawab TBE.
Berminat menyertai Team Takaful INFAQ? Sila klik di sini
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Assalamualaikum taun,
Saya mohon copy Contoh Soalan Peperiksaan (contoh soalan TBE) dri web tuan.Thanks