Tiga Hari Tanpa Entri
(tiada kaitan dengan lagu “Tiga Malam Tanpa Bintang”)
 “Afyan, apasal dah tiga hari tak update?”
“Sibuk sikitla dua-tiga hari ni…”
“Takkan sibuk sampai tak boleh nak update..”
“Entahlah, kadang-kadang rasa macam tak sempat nak pdate hari-hari”
“Laaaa… kan boleh automasikan posting-posting tu…”
“Betul, tapi kadang-kadang takde idea lansung…”
“Baik kau tulis, kalau tak nanti peminat-peminat blog kau nanti lupakan blog kau ni, bila diorang tengok blog kau dah tak update”
“Ada peminat ke blog aku ni”
“Apa pulak tak ada, Aku minat blog kau”
“Tapi blog aku ni dah cacamarba, macam-macam… campur-campur… tak ada fokus”
“Rilek la…. baru dua bulan engkau berblogging. Lama-lama nanti, kau akan ada ciri-ciri tersendiri berbanding dengan yang lain-lain..”
“Betul ke gitu?”
“Apa pulak tak betulnya…. kau tengok blog-blog orang lain. Diorang pun macam tu jugak masa mula-mula ada blog dulu”
“Oooooo…. tapi topik aku ni dah cacamarba”
“Laaaa… itu memang identiti kau, afyan. Dari dulu lagi cacamarba!, Orang lain graduate law, pergi chambering. Engkau, lepas grad pergi buat printing. Lepas printing jadi ejen takaful…”
“He…he….”
“La… gelak pulak, tapi ni identiti kau yang lain daripada yang lain. Setakat ni aku tak jumpa lagi la orang macam kau. Tapi boleh hidup lagi engkau ye …. siap kawin, ada anak lagi. “
“Biasa, biasa je….”
“Dulu aku antara orang yang under-estimate engkau. Masa tu aku agak engko ni cuma hangat-hangat tahi ayam je. Paling lama aku bagi masa 1 tahun, lepas tu mesti engkau surrender. Tapi nampaknya kau mampu bertahan macam ni”
“Dah lah tu, masuk bab lain pulak. Habis tu, blog aku ni apa cerita”
“Kan aku cakap tadi, orang macam engkau ni jarang-jrang wujud di muka bumi ni. Tulis pengalaman engkau selama ni dalam blog”
“Aku dah tulis sikit-sikit dulu”
“Sambung la lagi, aku sendiri tertunggu-tunggu cerita-cerita kau sebagai graduan law yang taknak chambering dan tak masuk lansung bidang guaman atau undang-undang. Ada senior-senior UIA dulu yang tak chambering, tapi sekurang-kurangnya mereka masih di dalam aliran yang sama dengan pengajian mereka”
“Mmmmmm….”
“Tak payah fikir-fikir lagi, update blog kau sekarang!”
“Ok…ok… nanti aku update”
“Tak payah nanti… sekarang aku cakap!”
“Ok…ok… sekarang jugak aku update!”
.
.
.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
uihhh awk grade dgn law?? dasat tuh… looks like awk ni jenis yg down to earth 😉
anyway, psl blogging ni… mmg mula2 kite cam xde fokus… main ikut dan je nak update ape… dulu pun sy nye blog byk cite yg agak peribadi.. yg mane bile sy pikir blk, it was soooo tak perlu… skang… bile dh matang sket, br tahu bezakan mane yg perlu dan mane yg tak perlu… 🙂
Afyan: Saya sebenarnya dalam keadaan ter’paksa-rela’ memblog ni 🙂 boleh tanya En Magnet dan En Ahmad Fadzli 🙂
Sdr/i dah berapa lama jadi blogger?
Hehe. Semua orang kuat RK Training kena ada blog.
Saya lagilah sudah lama tidak update blog. Huhu.
Orientasi, orientasi. Bosan, bosan. 😀
Afyan: He…he…he… Macamana tau ni? 🙂
la terpaksa keee 😉
Afyan: Ter”paksa” rela… hi…hi…hi…
biasalah….awal2 berblog ni memang masih tercari2 identiti sendiri…saya pun… sbb tu sampai skang blog saya masih guna tag…tulis apa saja asalkan bahagia….. 🙂
Afyan: Terima kasih atas sokongan. Nanti saya akan membentuk identiti sendiri…
hai abg afyan…cantik kan lagi blog ni erk..sure ramai yang tengok…
tapi x pe…tau x de masa…ni nak tanya..abg razak x de blog ke…ke dlm proses..k lah dtg lah sini kalau ade masa…
abg afyan mencabar!
Afyan: Thanks azni. Lepas ni bagitau kat cikgu hajar utk invite kitorang datang lagi!
Perancangan RK Training dalam mencari peminat mereka tersendiri. Salah satunya melalui blog. Hehe. Satu usaha yang bagus. 😀
Buku pun sudah banyak.
Afyan: Wah, macam nujum la Sdr Azree ni. Semua perancangan RK dapat baca!
dan 5 hari kemudiannya tanpa update. part time blogger cam saya mmg ssh nk cr masa nak update.
pasal blog direction, saya tak pedulikan niche tuh, saya blog apa yg saya suka dan ikut suka hati saya ekekeke. setakat ni lah. dan berkongsi apa yg rasa cam nak kongsi ataupun boleh dan sesuai dan bernilai utk dikongsi walaupun kadang2 takde nilai pun.
apa2pun, saya juga sukakan tulisan saudara. tulislah lagi hehe
Afyan: Terima kasih byk2 sdr shutterspeaks. Orang macam sdr la yg menaikkan semangat saya utk terus berblog!
Hi! Afyan
How are you. Congratulation for your good new business + ikhlas.
I read your blog and there are good stories and memories you had. I think you have important ideas for your comingsoon book.
What ever, I’m still pray, may Allah bless your work. ok, Afyan boleh! Bye.
ACIK NOORA
Afyan: Terima kasih Cik Noora! Selalu-selalulah jenguk blog ni ye 🙂