fbpx

Ustaz dan Kereta

  • 11 years ago
  • 2Minutes
  • 322Words
  • 441Views

Heboh di kampung saya cerita seorang Ustaz membeli sebuah lagi kereta baru.

Ada orang kata, Ustaz itu patut tunjukkan contoh wasatiah dan bersyukur dengan kereta yang ada.

Tidak kurang juga yang menyindir, sepatutnya Ustaz itu beli kereta second hand sahaja, bukan kereta baru. 

Ada juga yang mempertikaikan kemampuan Ustaz tersebut membeli kereta baru dan ada yang siap mengambil contoh, ramai orang yang ng tidak mampu menanggung dua kereta sehingga kereta ditarik dan dilelong oleh bank.

Ada orang kampung bertanyakan saya, dan ini pandangan saya.

Bagi saya, terpulang kepada Ustaz itu hendak beli berapa biji kereta yang dia mahu selagi mana dia mampu berlaku adil terhadap kereta-keretanya.

Berlaku adil maksud saya mampu membayar installment kereta-keretanya, menanggung kos penyelenggaraan kereta-keretanya, membayar petrol, membayar parking dan sebagainya.

Lagipun, jika dia ada masalah untuk membayar kesemua kosnya pun, bukannya kita pun yang membayarnya, bukan?

Malah selama ini, ketika dia berkereta sebuah pun, bukan kita pun yang membayar installment keretanya.

Atau jika selama ini dia berkereta sebuah pun, jika rosak pun bukan kita yang tolong membaikpulih keretanya.

Jadi, apabila dia beli kereta baru, bukan kita pun yang bayarkan depositnya?

Bukan kita pun yang bayar installment kereta barunya?

Bukan kita pun yang bayar kos penyelenggaraan maintenance keretanya itu?

Jangan kita ingat, jika kita tidak mampu pakai dua buah kereta, orang lain pun tidak mampu seperti kita.

Jangan kita ingat, jika kereta kita pernah kena tarik sebab tak bayar installment, orang lain pun begitu juga.

Jadi, apa susah hati?

Lagipula, berlambak-lambak kes curi kereta yang patut kita susah hati.

Bukan setakat itu, kes rompak dan samun kereta pun berleluasa, yang inu perlu kita risaukan.

Bukan itu sahaja, orang besar-besar pihak atasan, ada lesen AP beli kereta banyak-banyak buat duit, tiada pun busing-bising.

Ini baru seorang Ustaz pakai dua tiga buah kereta, sudah busing-bising. Kalau dia curi kereta, atau rompak atau samun kereta orang, lainlah cerita.

Sengih 🙂

Afyan Mat Rawi,
Gombak, 14 Ogos 2013.
Hanya ada satu kereta yg sudah habis bayar.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berita yang kami terima dari Utusan Mesir ; "Anggota kami…