fbpx

Bukan Mohon Simpati, Cuma Pinta Doa Disusuli…

  • 16 years ago
  • 2Minutes
  • 374Words
  • 601Views

Bukan Mohon Simpati, Cuma Pinta Doa Disusuli….
tangan
Salam hormat, buat kawan-kawan pembaca…

Saya berfikir berpuluh-puluh kali sebelum menulis entri ini di dalam blog ini. Ia terlalu personal. Asalnya ia adalah emel melalui yahoogroup yang saya tulis buat rakan-rakan terdekat saya.

Semenjak minggu lalu saya berfikir untuk memasukkannya sebagai entri di blog ini, dan akhirnya hari ini barulah saya melaksanakannya…..

Saya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya, namun apa yang saya pinta hanyalah doa daripada sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung semua.

Selepas melahirkan zuriat kami pada 19 Februari yang lalu, isteri saya mengalami sedikit masalah urat saraf yang menyebabkan beliau tidak dapat bangun daripada katil hospital. Mulanya saya sangka hanyalah masalah kecil tersalah urat.

Lalu apabila dibawa ke kampung halaman, bidan kampung dibawa untuk mengurut sebagaimana biasa apabila seorang ibu yang berpantang.

Selepas beberapa hari masih belum pulih, saya cuba mendapatkan seorang nasihat daripada seorang ustaz perubatan Islam. Dia mencadangkan saya untuk berubat dengan seorang tukang urut batin. Saya mencubanya. Selepas beberapa hari kemudian ia masih belum mendatangkan hasil.

Saya mencuba cara lain, melalui perubatan Islam seorang ustaz pengamal perubatan Islam di Gombak. Air penawar diberikan kerana ustaz tersebut di KL dan isteri saya di Melaka. Beberapa hari kemudian ia tidak juga mendatangkan hasil.

Setelah beberapa cara tradisional masih belum memadai, maka pada hari khamis minggu lepas (5 Mac) saya membawanya ke hospital pakar. Setelah di-X ray, alhamdulillah tiada sebarang kecederaan dalaman dialami. Doktor memberi ubat penahan sakit dan diminta pulang. Katanya ubat ini akan memberi menahan kesakitan dan dia akan boleh berjalan kembali.

Namun mendukacitakan ubat tersebut tidak memberikan sebarang hasil, maka isteri saya ditahan di hospital. Sehingga emel ini ditulis beliau masih lagi di wad. Keadaan beliau masih seperti awal, cuma kesakitan yang dialaminya semakin kurang apabila beberapa kali diberi ubat penahan sakit dan menjalani fisioterapi.

Saya masih belum mendaftarkan nama anak saya kerana semenjak daripada kelahiran, saya hanya beberapa hari pulang ke KL tidak berkesempatan untuk ke Jabatan Pendaftaran untuk menguruskannya.

Hari ini (11 Mac) genap seminggu isteri saya berada di wad Hospital Pakar Putra, Melaka, dan genap pula 3 minggu usia anak saya yang masih belum didaftarkan namanya, dan genap 3 minggu ibunya menahan sakit belakang yang menyebabkan beliau tidak dapat bangun.

Maaf sangat-sangat entri kali ini terlalu personal dan emosional. Namun doa daripada kalian amat-amat saya harapkan.

Maaf.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

7 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AWAS Kepada Pemegang Medical Card: Kisah dan Panduan www.afyan.com Dewasa…