fbpx

Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?

  • 10 years ago
  • 4Minutes
  • 735Words
  • 715Views

j0316960

Membaca entri blog Pakdi semalam dan blog Ust Hasrizal sebelum itu, mengimbau kenangan pahit maung menjadi seorang usahawan dan seterusnya perunding takaful sepenuh masa.

Semenjak daripada zaman persekolahan rendah lagi saya minat berniaga. Saya masih ingat lagi , ketika berada di dalam darjah empat, saya mengambil kad-kad raya ibu bapa saya untuk dijadikan penanda buku atau bookmark. Kemudian ia dijual dan pulangan keuntungannya 100% sebab ia dibuat tanpa sebarang modal 🙂

Saya juga pernah mengikuti makcik dan pakcik saya berniaga pasar malam. Juga kadang-kadang mambantu beliau di bazar Ramadhan pada bulan puasa semenjak daripada tahun satu di UIA sehingga selepas grad. Juga berniaga ketika pesta konvokesyen universiti setiap tahun.

Selepas Grad
Itu cerita lama. Cerita zaman belajar.

Cerita selepas grad pula. Sebaik sahaja grad daripada kampus kehidupan pada 2003, saya cuba mencari jalan dan haluan yang berbeza daripada rakan-rakan.

Kawan-kawan lain kebanyakannya chambering. Ada juga yang menyambung ke peringkat sarjana. Tidak kurang juga yang menyambung ijazah kedua. Saya pula? Merangkak menongkah arus.

Kebetulan ketika saya grad bersamaan dengan bulan Ramadhan. Saya membantu makcik saya di gerainya berniaga roti goreng di bazar Ramadhan.

Ya, seorang lulusan undang-undang di gerai bazar Ramadhan melaung-laung memanggil pelanggan yang lalu lalang. Malah ada juga kadang-kadang terserempak dengan kawan-kawan sepengajian ketika berniaga.

Tidak malukah? Kadang-kadang timbul juga suara-suara sinis sebegini, sehingga saya berasa seolah-olah berada di dalam kandang orang bersalah di mahkamah.

Bisnes Pertama
Bisnes pertama saya adalh bisnes kad prepaid. Modalnya lebih daripada RM 1K. Cukup besar bagi seorang graduan seperti saya. Modal daripada lebihan wang PTP-Tipu PTPTN zaman belajar.

Modal daripada duit saya sendiri. Bukan daripada MARA, MEcD, bank, along atau kad kredit. Saya masih ingat lagi, ketika mula-mula mencari pembekal, naik-turun bangunan HQ CELCOM di jalan semarak dan HQ MAXIS di KLCC, semata-mata untuk untuk menjadi pembekal kad-prepaid!

Sebenarnya modal saya itu manalah cukup untuk menjadi pembekal kad-kad tersebut. Paling boleh pun sub-sub-sub pembekal. Aduh, sakit juga apabila terkenangkannya…..

Inilah bisnes pertama saya dengan modal sebanyak RM 1K. Saya serik melakukannya. Tambahan pula marginnnya terlalu rendah dibandingkan dengan kerja yang dilakukan, iaitu 4-8% sahaja. Lebih baik duit ini dilaburkan dalam ASB. Masa ni fatwa ASB belum keluar 🙂

Saya juga pernah mencuba bisnes printing. Bisnes ini antara bisnes yang margin keuntungannya amat meberansangkan.

Selain itu, saya pernah mencuba bisnes menjual bunga untuk pesta konvokesyen. Ini merupakan bisnes kedua dan terakhir saya menggunakan modal lebih RM 1K, selepas bisnes kad-prepaid. Kenapa terakhir? Saya serik!

Bisnes Takaful
Sebenarnya saya menjadi ejen takaful semenjak 2003 lagi, iaitu sebaik sahaja grad daripada kampus. Pada awalnya saya lakukan sekadar mencuba-cuba untuk mendapat pendapatan tambahan. Ia bermula secara tidak sengaja apabila menghantar resume ke sebuah syarikat takaful melalui seorang senior. Lalu beliau ter’hantar’ resume tersebut kepada seorang pengurus ejensi yang sedang mencari ejen.

Sebenarnya bisnes takaful tidak sesuai dengan jiwa saya sebab ia bukan product-oriented, berbanding dengan bisnes-bisnes lain yang saya lakukan. Bisnes lain yang saya pernah lakukan termasuklah percetakan, pembekal buku, perunding latihan, menjual bunga, dan tidak ketinggalan MLM.

Bisnes takaful merupakan service-oriented. Komitmen yang diperlukan adalah tinggi untuk memberi servis yang terbaik kepada pelanggan. Inilah sebenarnya yang menjadi kekangan untuk saya meneruskan bisnes takaful ini.

Namun, Allah berkehendakkan sebaiknya. Pengurus ejensi saya seorang yang cukup komited membuat follow-up terhadap saya. Allah menggerakkan hatinya untuk selalu meng”follow-up” saya setiap masa. Hampir penuh inbox SMS telefon saya dengan mesej-mesej motivasinya.

Hinggalah saya kehilangan telefon saya pada pertengahan 2004. Saya bertukar nombor telefon. Saya mempunyai pilihan untuk mengekalkan nombor yang asal, namun saya tidak memilihnya kerana memerlukan saya membayar RM 50. Tambahan pula, ia boleh dijadikan jalan untuk memutuskan hubungan saya dengan ejensi takaful saya.

Namun, Allah berkehendakkan sebaliknya. Hampir-hampir setahun juga bisnes takaful hilang daripada ingatan saya. Takdir Allah, memungkinkan segala-galanya. Pengurus ejensi saya masih “berjaya” menghubungi saya selepas itu, dan semenjak itulah saya mula “terpaksa” minat dengan bisnes takaful.

Daripada terpaksa kepada suka. Daripada kekok kepada seronok.

Sedar tidak sedar sudah masuk tahun ke-enam saya menjadi perunding takaful sepenuh masa. Sedar tidak sedar juga telah masuk tahun ke-enam juga saya berkecimpung di dalam bidang muamalat Islam ini.

Terima kasih pengurus ejensi saya; En Isa Sabitan, yang membimbing saya selama ini.

Rupa-rupanya bisnes ini lebih baik untuk saya berbanding berapa bisnes yang saya lakukan sebelum ini.

Jika tahun-tahun awal saya menceburi bidang keusahawanan, sesekali saya menoleh juga haluan yang telah saya lalui selama itu, dengan persoalan “benarkah jalan yang kuambil ini?”.

Kini, selepas lima tahun saya gembira menempuh jalan ini malah mengalu-alukan sesiapa di luar sana untuk menyertai jalan ini.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

12 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Andainya aku pergi dulu sebelum mu Janganlah kau bersedih hati…