fbpx

Tips untuk menghadapi krisis buat usahawan

  • 11 months ago
  • 5Minutes
  • 807Words
  • 238Views

Tadi terlihat sebuah video yang FYP di Tiktok.

Seorang ejen takaful yang terpaksa jual rumah dan keretanya dek desakan ekonomi

Tidak dapat dinafikan, banyak bisnes terjejas akhir-akhir ini jika dibandingkan dahulu, termasuk dalam perniagaan takaful.

Sebagai orang bisnes yang pernah melalui beberapa kali zaman kemelesetan ekonomi, saya selalu pesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan bisnes, agar sentiasa amalkan hidup di bawah kemampuan sebenar.

Supaya dengan duit lebihan yang kita ada, boleh dimasukkan dalam tabungan kecemasan yang mudah cair seperti Tabung Haji, ASB, fix deposit, unit trust atau saham berisiko rendah.

Tujuannya tak lain tak bukan untuk bersedia menghadapi saat-saat dilanda badai sebegini. Ia sebagai “safety net” untuk back up cash flow supaya tidak tercekik.

Jika orang yang makan gaji sekurang-kurangnya kena ada safety net sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan pendapatan, bagi usahawan sepatutnya kena da 6 ke 12 bulan overhead perniagaannya.

Bagi usahawan, tak ada istilah “kalau tak guna sekarang duit tu, nanti belum tentu sempat guna masa bersara”.

Jalan lain sekiranya berlaku krisis ekonomi yang memberi kesan kepada bisnes kira, ialah dengan cara kurangkan overhead bulanan.

Tidak ada salahnya kita downgrade hidup kita sementara ekonomi sedang merudu sekarang.

Berundur setapak dua untuk melangkah lebih jauh.

Saya teringat kisah di bawah.

KISAH JUTAWAN SANDWICH.

Kisah ini berlaku sekitar tahun yang 1997, tentang seorang jutawan di Thailand yang bernama Sirivat Voravetvuthikun.

Sirivat seorang broker saham dan juga jutawan. Beliau dikenali sebagai “The Phantom” di atas kepakaran beliau memilih stok-stok saham yang menguntungkan jika dilaburkan.

Beliau sangat kaya malah dikhabarkan pendapatan syarikatnya menjangkau 150,000 Baht sehari! Beliau menjadi jutawan sekitar tahun 1990. Peristiwa kegawatan ekonomi 1997 merubah sejarah hidupnya 180 darjah.

Krisis ekonomi Asia Tenggara yang melanda pada tahun 1997-1997 memberi impak yang sangat besar terhadap negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan tidak terkecuali Thailand. Negara kita menerima impak peristiwa tersebut dari krisis kegawatan ekonomi hingga ke krisis politik negara. Nilai ringgi jatuh teruk, projek-projek banyak terbengkalai, syarikat-syarikat besar mulai ditutup dan kemuncaknya kepada krisis politik negara, pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Oopss, ini bukan kisah politik.

Di Thailand, krisis ini digelar sebagai “Tom Yam Kung Crisis” oleh pakar-pakar ekonomi di sana. Ketika itu, nilai Baht jatuh teruk, syarikat-syarikat besar terpaksa ditutup, rakyat kehilangan kerja malah ada yang memberontak dan tidak kurang yang membunuh diri akibat daripada tekanan hidup.

Para peniaga dan pelabur yang selama ini kaya raya, kini menjadi muflis. Tidak terkecuali berlaku kepada Sirivat “The Panthom” Voravetvuthikun. Dalam satu malam, hampir kesemuanya hilang apabila beliau diisytiharkan bankrap selepas saham syarikatnya jatuh mendadak.

BANKRAP

Susulan daripada itu, syarikatnya terpaksa ditutup dan 40 pekerjanya hilang mata pencarian. Perniagaan yang dibinanya selama ini jatuh tersungkur menyembah bumi. Hutangnya sebanyak 1 billion Baht!

Ia merupakan satu malapetaka bagi seorang jutawan dan usahawan berjaya seperti beliau.

Dalam mesyuarat terakhir Sirivat bersama 40 pekerjanya sehari selepas beliau diisytiharkan bankrap, beliau dengan nada sedih mengumumkan penutupan syarikat dan pemberhentian pekerja-pekerjanya. Beliau menjadi buntu di atas kemelut yang melanda dan tiada jalan keluar lain melainkan penutupan syarikat.

Nilai syarikat jatuh teruk, pemilik jatuh bankrap, tidak mampu bayar gaji pekerja – apakah pilihan lain selain tutup syarikat? Itulah keputusan berat dan tanggungjawab yang terpaksa diambil oleh Sirivat selaku pemilik syarikat.

Keitka peristiwa itu berlaku, syarikatnya sedang menyiapkan projek perumahan berupa kondominium mewah namun ia gagal disiapkan dan gagal dijual menyebabkan beliau menanggung keseluruhan hutang termasuk hutang-hutang lain hampir 1 billion Baht.

Namun hidup mesti terus.

SANDWICH

Balik ke rumah dengan penuh kebuntuan, isteri Sirivat mencadangkan mereka untuk menjalankan bisnes jalanan secara kecil-kecilan. Soalan yang timbul ialah produk apakah yang sesuai? Maka si isteri mencadangkan bisnes produk yang mudah dibuat dari rumah – sandwich!

Sandwich? Sirivat sendiri tidak percaya tentang produk tesebut. Orang Thailand bukan jenis makan sandwich setiap hari. Sandwich bukanlah makanan kegemaran rakyat Thailand.

Tapi itulah yang berlaku selepas itu, Sirivat menjadi Jutawan Sandwich!

Oh, laju sangat penceritaan saya ini.

Baik saya sambung kembali cerita tadi, selepas cadangan isterinya untuk memulakan perniagaan sandwich, Sirivat menjalankannya dengan separuh hati. Sebab itu sahajalah yang mampu dibuat oleh isterinya. Hendak harapkan beliau, lagilah tidak ada harapan.

Boleh anda bayangkan, bagaimana seorang jutawan broker saham yang selalu kerjanya di dalam bilik pejabat berhawa dingin turun ke jalanan menjual sandwich? Itulah yang berlaku kepada Sirivat dan selepas itu ia adalah sejarah.

Sejarah hari pertama perniagaan sandwich beliau di Hospital Besar Bangkok dengan jualan sebanyak 20 biji sandwich. Pendapatan hari pertamanya ialah 500 Baht. Bandingkan dengan pendapatannya ketika menjadi jutawan broker saham; 150,000 Baht sehari! Beliau memang tertekan dengan hasil tersebut.

Hari kedua beliau bangun lebih awal dengan sasaran lebih banyak lagi jualan. Itulah yang berlaku, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.

Daripada sandwich, berkembang kepada sushi. Dari situ juga perniagaan beliau berkembang dengan pembukaan sebuah kedai kopi di kawasan Hospital Besar Bangkok.

Daripada jutawan broker saham kepada jutawan sandwich.

Pada tahun 2009, beliau berjaya menyenaraikan syarikat beliau sekali lagi ke papan bursa saham Thailand.

Selesai penceritaan, Jutawan Sandwich.

Apa yang anda belajar daripada cerita ini?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beli rumah pakai kontrak tawaruq. Dengan kaedah tawaruq, kita dapat…