fbpx

Warkah Buat May…

  • 15 years ago
  • 2Minutes
  • 361Words
  • 737Views

Warkah Buat May…

Ke hadapan May yang diingati selalu, maafkan aku atas perpisahan ini…….

Aku tidak mampu untuk menolak takdir yang memisahkan kita berdua. Percayalah, dirimu tetap kurindui selalu sekalipun jasad kita tepisah jauh….

May…..

Ku tahu kau setia. Semenjak aku bujang lagi. Selepas aku berkahwin pun kau masih setia mendampingiku. Kemudian, setelah aku memperolehi seorang cahaya mata pun dikau masih setia…..

Kini hampir 5 tahun hubungan kita….  semuanya tinggal kenangan terindah buat kita berdua…

May…..

Kuharap janganlah dikau tangisi perpisahan ini. Semuanya telah tertulis di dalam lipatan azali. Usah kau ingkar ketentuan Ilahi, kelak nanti memakan diri sendiri…..

Perpisahan ini, andai kau anggap pahit namun ketahuilah bahawasanya mungkin baik di sisi Yang Esa….

May yang diingati selalu….

Aku masih terkenang-kenang saat-saat manis bersamamu dulu. Ke hilir dan ku hulu kita bersama. Onak dan duri kita tempuh bersama. Ke gunung kita yang pernah kita daki, ke lurah yang pernah kita turuni. Tidak kira jalan bertar juga jalan tidak bertar yang berlopak-lopak….

Aku juga masih ingat lagi engkau langsung tidak tersinggung apabila mengetahui diriku akan berkahwin. Malah, engkau turut sama-sama mengiringi daku di hari yang berbahagia itu….

May, masihkah kau ingat….?

Masihkah kau ingat lagi bagaimana kita bertemu dahulu? Pasti aku tidak lupa kenangan itu yang tersimpan di dalam album hatiku sekian lama….

Masihkah kau ingat tempat-tempat persinggahan kita? Tasik titiwangsa, tasik perdana, KLCC, Port Dickson, pantai Batu Buruk, Cameron Highland, Ulu Yam, restoran Thaqwa, bengkel Ah Lek .. ¦ tidak cukup untuk aku senaraikan semuanya di warkah ini…

Oh May….

Maafkan aku atas perpisahan ini. Bukan aku tak sudi untuk menemanmu, namun aku rasa tiada hujungnya perhubungan ini andai engkau terus bersamaku. Mungkin engkau akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadaku….. Sekali lagi maafkanlah diriku ini….

Mungkin takdir dirimu bukan untuk diriku… dan diriku juga mungkin dicipta untuk dirimu….

Barangkali perpisahan ini bakal membuka satu pertemuan untukmu suatu ketika nanti.

Aku yakin… Amat yakin dan pasti bahawasanya engkau akan menemukan insan yang lebih baik dariku…

Yakinlah May,

Yakinlah bahawa semua ini untuk kebaikan dirimu juga. Aku terpaksa melepaskan mu demi melihat masa depanmu yang lebih cerah nanti..

may2.gif

Gambar kenang-kenangan bersama May

may.gif

May, aku tetap mengangatimu…

may3.gif

May sempat bergambar bersama-sama penggantinya….maafkan aku May..

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

14 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Afyan: Balqis adalah seorang manusia sebenar, tidak seperti May :)…