Mungkin agak lewat entri ini. Ketika kali pertama menonton iklan raya Petronas kali ini, saya menyangkakan ia adalah iklan TM atau sekurang-kurangnya iklan Streamyx. Rupa-rupanya iklan raya Petronas! Rasanya iklan raya Petronas 2007 yang memaparkan cerita “burung apa? burung murai!” lebih mendalam kesannya ke dalam hati penonton. Atau lebih syahdu lagi iklan raya Petronas 2006
Saya rasa saya sudah jawapkan untuk persoalan “Siapa Selepas Shah Rukh Khan?” Jawapannya mungkin terdapat di dalam keratan akhbar di bawah ini: Berita penuh di sini.. Mungkinkah “Datuk” Rani Mukarjee beberapa tahun lagi?
Sungguh murah “harga” sebuah gelaran Datuk di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia membantahnya. Buktinya, di dalam undian SMS di dalam Buletin Utama TV3 pada 14 Oktober, 91% pengundi menolak BN tidak bersetuju dengan soalan “Adakah anda bersetuju anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan mempengaruhi pelancongan malaysia ? ”.
Kali pertama mendengar nama Buluhmas adalah kira-kira beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Dengan motto “biar di manapu, kami iklankan”, Buluhmas bergerak mengrekrut promoter-promoter untuk mempromosi stiker Buluhmas. Daripada bulan Ramadhan hingga ke Syawal, rasanya tidak kurang 10 orang yang bercerita tentang skim “pelaburan” Buluhmas ini. Malah ia menjadi topik perbahasan hangat ketika sanak
DIALOG 1 (pada hari raya ke-4) A : Eh, kau dah start puasa 6. Aku dah start pada raya ke-2 lagi. B: Oh, ye ke? Aku dah habis dah puasa 6. A: ?????????????????????? DIALOG 2 (pada minggu ke-2 raya) B: Macamana puasa 6 engkau? Dah habis dah? A: Aku tinggal sehari lagi je… Engkau macamana?