5 Gejala poket bocor
Awas! Sekiranya mengalami tanda-tanda berikut, dinasihatkan untuk mendapat rawatan daripada mana-mana penasihat-penasihat kewangan.
1. Belum sempat cukup bulan, duit gaji sudah habis dibelanjakan. Duit gaji masuk ke dalam akaun pada 27hb setiap bulan. Tidak sempat 27hb bulan berikutnya, duit yang ada hanya tinggal beberapa ringgit sahaja.
“Sekarang baru 20hb, duit tinggal RM 50.00…Aduh…”
2. Awal bulan makan besar, hujung bulan catu makanan. Ketika wang gaji baru diperolehi, setiap kali waktu makan hanya memilih tempat-tempat ekslusif. Tapi, sebelum sempat sebulan, terpaksa memilih-milih waktu makan untuk menjimatkan belanja.
“Makan meggi je lah aku minggu ni….”
3. Selalu melengah-lengahkan pembayaran ansuran kereta, sewa rumah, bil telefon, bil air dan eletrik. Bayaran-bayaran tersebut dibayar batul-betul pada tarikh akhir sebelum kereta ditarik, atau tuan rumah datang mengutip sewa, atau talian telefon, bekalan air dan eletrik dipotong.
“Kalau aku tak bayar bile air ni esok, kena potong la jawabnya…
4. Menggunakan kad kredit sehingga habis had kredit, dan kemudian menggunakan kad kredit lain dan mengalami perkara yang sama. Apabila wang di tangan dan di bank hampir susut, pilihan yang ada adalah kad kredit. Namum kad kredit ada had penggunaannya.
“Nasib baik la aku ada tiga kad kredit, satu tak boleh guna, ada dua lagi...”
5. Surat-surat cinta daripada bank berlambak-lambak. Kebanyakannya terjadi di dalam kes pinjaman kereta. Iyelah, dengan skim ansuran mudah, cukup sekadar RM 0.00 untuk memiliki sebuah kereta!
“Alamak, dah tiga bulan ansuran kereta aku tertunggak!”
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
huhu xtau plak poket cepat bocor yek… xpenah agi merasa camne dpt gaji… dpt elaun slalu ah… 😀
Afyan: Sdr ari-ayumi, tips ni sesuai untuk pekerja yang makan gaji. Tapi kalau yang selalu dapat elaun pun sesuai juga sebenarnya 🙂
klu kwn asyik nak kikis je,cmne???
Kena berdisiplin dalam bab-bab hutang ni. Insya-allah nanti saya akan ada entri khusus tentang hutang ni 🙂
saya ada buat artikel tentang hutang ni
http://jangkaan.name.my/blog/2009/10/surat-memberi-hutang-mengikut-islam/
ok tak???