fbpx

7 Langkah mudah menuju ke neraka kewangan dalam masa 3 tahun selepas grad

  • 9 months ago
  • 2Minutes
  • 235Words
  • 468Views

7 Langkah Ke #NerakaWang Graduan Muda

1. Sebaik sahaja dapat gaji pertama, boleh beli (bava: hutang) kereta dengan installment 1/3 gaji. Lagi tinggi lagi bagus. Banyak tawaran 0 deposit.

“Biar papa asal bergaya”

2. Selepas 2-3 bulan baru terasa betapa mahal kos petrol dan kos-kos servis. Terpaksa berjimat cermat kos-kos lain seperti makan-minum, bil dll. Hadap sahajalah, yang penting dapat kereta Bangsa H.

“Hendak ku tangis, tiada berair mata…”

3. Selepas setahun, masa nak renew road tax dan takaful, tak cukup duit simpanan. Jangan risau, hanya perlu mohon kad kredit. Guna kad kredit utk bayar takaful insuran dan roadtax.

“Aku ada type. Kalau aku suka, aku swipe”

4. Masuk tahun kedua, boleh gunakan kad kredit tadi utk kos-kos kereta yg lain seperti petrol, servis, maintainance dll

“Kalau aku kaya, hari-hari hari raya…”

5. Pastikan bayaran kad kredit dibuat minima sahaja supaya ada banyak lebihan aliran tunai utk perkara lain.

“Benda boleh bayar sikit, buat apa bayar banyak-banyak”

6. Masuk tahun ketiga, kad kredit semakin besar. Atasinya dengan memohon pembiayaan peribadi utk menimbus hutang kad kredit tadi.

“Gali lubang, tutup lubang”.

7. Cukup 3 tahun, salahkan kerajaan, salahkan inflasi, salahkan DAP, salahkan PMX, salahkan Rafizi, salahkan PAS, salahkan kerajaan lama, salahkan bank, salahkan Rostchild, salahkan Yahudi, salahkan cipan, salahkan Ustaz Wadi, salahkan Janna Nick, salahkan Tahnos… kecuali diri sendiri.

“Entah siapa yang salah….”

Selamat datang ke #nerakawang!

“Jalan menuju ke #nerakawang dihampari dengan permaidani merah”

Gambar sekadar hiasan untuk mengeruhkan keadaan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mengadu ; ada masalah kewangan, gaji tak cukup, komitmen banyak,…