fbpx

Soalan | Ingin Menjadi Ejen, Tapi Keliru

Saya menerima persoalan daripada seorang rakan FB. Beliau sedang mencari syarikat takaful sebelum memilih untuk menjadi ejen. Beliau bertanya;
“Sdra Afyan, saya ingin berminat untuk menjadi perunding takaful. Sekarang saya sedang survey beberapa syarikat takaful sebelum saya membuat keputusan untuk memilih mana-mana syarikat. Boleh Sdra terangkankan kelebihan di menjadi perunding di Takaful IKHLAS berbanding dengan syarikat-syarikat lain”.
Ini respon saya kepada beliau:
“Pada saya, setiap syarikat dan produk ada kekuatan masing-masing. Secara jujurnya, saya tidak pernah membuat kajian perbandingan di antara setiap syarikat.
Ia ibarat sebuah perkahwinan, komitmennya bukan sehari dua, bukan sebulan dua, bukan setahun dua. Ia adalah komitmen yang panjang! Jika kita sentiasa membuat perbandingan, akan sentiasa ada yang lebih baik kerana setiap syarikat akan sentiasa menyediakan produk terbaik.
Kalau ia adalah perkahwinan, kita akan sentiasa tidak berpuas hati dengan pasangan kita 🙂

Memandangkan Tuan masih belum ‘berkahwin’, molek juga membuat perbandingan agar menemui ‘pasangan’ terbaik. :)”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com