fbpx

Maafkan Aku Blog…

  • 17 years ago
  • 3Minutes
  • 444Words
  • 438Views

Ke hadapan blog www.afyan.com yang aku sayangi. Moga dirimu berada di dalam keadaan sihat sejahtera tanpa virus dan worm hendaknya…

Blogku…

Maaf andainya aku sudah lama tidak menjengah dirimu semenjak akhir-akhir ini. Kutahu engkau sedah tentu berasa bosan kerana hampir setengah bulan aku tidak mengemas kini dirimu. Maafkan aku sekali lagi…

Sesungguhnya aku berasa amat malu untuk berhadapan dengan dirimu lantaran diri ini yang penuh dengan kekurangan idea untuk mengisi ruang-ruang yang ada di ruang maya mu.

Blog…

Aku masih ingat lagi kali pertama kita bertemu di sebuah cyber cafe berdekatan tempat aku tinggal. Ketika itu, engkau baru sahaja di-setup oleh Sdr Fadzli Yusof. Dialah yang telah melahirkan dirimu di alam cyber ini. Walaupun, aku belum bersedia dengan kehadiranmu, namun aku menerimamu sebagai tanggungjawab aku bersama-sama Sdr Fadzli dan Sdr Amin di RK Training.

Sekalipun kehadiranmu agak mengejut, aku tidak mensia-siakanmu. Malah aku teruja sekali dengan kehadiranmu. Ketika itu, aku mengemas kini dirimu hampir setiap hari. Paling lama aku tidak mengemaskinimu ketika kira-kira tiga hari. Namun semua itu dulu…

Blogku yang jarang dikemaskini…

Aku harap engkau dapat memaafkan diri ini. Aku tahu, engkau tentu tersinggung apabila ada pengunjung-pengunjungmu yang tidak puas hati apabila melawatimu tanpa entri-entri terkini daripadaku. Bukan aku tidak mahu, tetapi apakan daya…..

Aku tahu perasaanmu apabila dibandingkan dengan blog-blog lain yang bernaung di bawah rktaraining.com seperti fadzliyusof.com dan aminidris.com. Begitu juga dengan pengunjung-pengunjung lain yang memiliki blog seperti pakdi.net, studiomuslim.com dan sebagainya. Apatah lagi hendak dibandingkan dengan blog milik Sifu; universitipts.com. Maafkan aku blog kerana tidak mampu untuk menjadi seperti pemilik-pemilik blog tersebut yang selalu mengemaskini blog milik mereka…

Untuk pengetahuanmu blog, hatiku meronta-ronta untuk mengemaskinimu. Kalau boleh, setiap hari dan setiap detik aku ingin melawati dan menziarahi dirimu, namun kudaratku yang terhad menyebabkan aku tidak mampu untuk merealisasikannya.

Blogku yang dikasihi…

Aku bukan sengaja mereka-reka alasan untuk mempertahankan diri. Engkau sendiri sedia maklum yang aku terpaksa ke cyber cafe setiap kali ingin mengemas kini dirimu. Malah kadang-kadang aku terpaksa menumpang di pejabat-pejabat tempat aku singgah untuk mengemas kini dirimu, blog. Setakat ini, aku belum mampu untuk memasukkan talian internet di rumahku.

Walaupun aku jarang mengemas kinimu, percayalah bahawa aku tetap mengingatimu. Sekalipun kita jarang bersua, engkau tetap bermain-main di fikiranku. Aku sentiasa memikirkan bagaimanakah keadaanmu apabila ada pengunjung yang melawatimu tanpa entri-entri terkini. Oh, aku amat kesal atas apa yang berlaku.

Maafkan aku sekali lagi, blog.

Blogku…

Nampaknya sampai di sini sahajalah pertemuan kita untuk kali ini. Mudah-mudahan, jodoh kita akan terus berpanjangan, blog. Semog aaku diberi ilham dan kekuatan serta masa oleh Allah untuk mengisi entri-entri baru setiap hari di ruang maya mu.

Sekian,

 

Yang Jauh Tetapi Dekat,

Pemilikmu; Afyan.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

9 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Merdekakah kita?? Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih spaghetti, pizzaa…