Merdekakah Kita

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:203Views

Merdekakah kita??

Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih spaghetti, pizzaa dan burger, sedangkan geli untuk menyentuh cencalok, budu dan tempoyak?

Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih kedai-kedai makanan barat; McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King, dan Kenny Rogers Roaster, sedangkan masih banyak lagi restoran-restoran muslim yang menanti-nantikan kehadiran kita sebagai pelanggan?

Merdekakah kita seandainya masih mendewa-dewakan artis-artis barat; Bradd Pitt, Britney Spears, dan Michael Jackson sedangkan lupa akan nama-nama nabi dan rasul?

Merdekakah kita sekiranya lebih mengagung-agungkan tokoh-tokoh sarjana barat seperti Edward de Bono, John Maxwell, Samuel Hatington, berbanding tokoh-tokoh ulama muktabar seperti as-Shafie, an-Nawawi dan al-Ghazali?

Merdekakah kita seandainya meminati lagu-lagu rock, heavy-metal, dan rap sedangkan kekok sekali untuk menyanyikan lagu-lagu tradisional seperti ghazal, dondang sayang dan nasyid?

Merdekakah kita seandainya anak-anak kita meminati hero-hero ciptaan barat Superman, X-Men, Spiderman, dan Harry Potter tetapi lupa sama sekali hero-hero agama Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubi dan Hassan al-Banna’?

Merdekakah kita seandainya lebih mengingati lirik-lirik lagu artis-artis tempatan daripada mengingati surah-surah lazim?

Merdekakah kita seandainya lebih suka untuk menonton filem-filem tempatan dan luar Negara daripada membaca cerita-cerita tentang perjuangan Rasulullah dan para sahabat?

Merdekakah kita sebenarnya?

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post
6 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Salam ukhuwah buat semua...  Sempena Maal Hijrah, Tahun Baru, Thaipusam…