Tips Jahit Poket Bocor: Berjimat Ketika Banyak
Hari itu 25hb, beberapa hari sebelum hari gaji;
â€Sekarang duit aku tengah sengkek ni, kena la bajet-bajet sikit. Malam ni makan maggi aje lah…†keluh Mamat.
Pada 30hb pula;
â€Haaa… semalam baru masuk gaji, boleh la aku enjoy puas-puas hujung mingu ni. Malam ni nak makan di mana restoran mana ye?†Mamat berkira-kira untuk membelanjakan wang gajinya.
…………………………………
Adakah kita sebagaimana Mamat?
Sudah menjadi resam manusia, jarang sekali beringat sebelum kena. Bila sudah terhantuk barulah hendak tergadah.
Ketika duit di tangan hanya tinggal RM 50.00,dan gaji akan dapat satu minggu lagi, ketika ini barulah betul-betul menggunakan wang dengan sehabis baik. Wang RM 50.00 akan dibahagikan kepada 7 hari. Setiap hari, akan dipastikan perbelanjaan seperti petrol dan makanan digunakan mengikut bajet yang telah ditetapkan tadi iaitu; RM 50 dibahagi dengan tujuh hari. Iaitu kira-kira Rm 7.00 sehari.
Inikah yang dinamakan sebagai jimat? Tidak!
Kita tidak kitakan sebagai jimat semata-mata kerana kita menggunakan RM 50.00 sahaja seminggu. Dalam situasi di atas, sebenarnya kita telah mnggunakn 100% duit yang ada iaitu RM 50.00; jadi sebab itu ia tidak dikatakan sebagai jimat.
Yang dikatakan jimat adalah; RM 50.00 tadi diguna ketika kita mempunyai duit banyak, selalunya pada awal bulan selepas gaji masuk. Maknanya, ketika kita mempunyai sebahagian besar wang gaji, contohnya RM 1,500.00, kita hanya menggunakn RM 50.00 untuk belanja kita seminggu. Malah, sekiranya kita menggunakan RM 150.00 seminggu untuk makan pun masih lagi boleh dikatakan jimat, kerana kita menggunakan kira-kira 10% duit yang ada.
Ini baru penjimatan sebenar!
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
ye.. sy sokong!
Afyan: Terima kasih atas sokongan!
tak payah jimat-jimat ni… hehe…. guna je tengok wayang cite transformers 😛
Afyan: Say lebih suka tunggu DVD keluar. Murah, lepas tu boleh tengok byk kali kalau tak puas …. 🙂
DVD ori ye… pesanan khidmat kdnhep.
hehe…
ada sambungan bro… bhgn kedua.
Afyan: Ya,benar sekali, DVD ori! Mesti KDNHEP bangga kalau dia dengar
sedara afyan, tgk dvd puas hati kalau sound system kat rumah pun puas hati. kalau x kurang sikit sbb antara elemen menyebabkan citer tuh best adalah sound efek dia.
tntg berjimat, itulah konsep reward diri sendiri yg salah. aku dah makan megi seminggu, hari ni nak lah makan mewah sikit…
Afyan: Saya suka komen sdr pada perenggan kedua, bagi idea untuk saya sambung entri ni
kalau nak lagi jimat…donlod je kat internet guna software limewire… http://www.limewire.com kalau nak yg dah pro+crack pun saya ade….hehe 😀
Afyan: Boleh bagitau kegunaan software tu,saya dah masuk tapi tak paham la..
macam ni sdr ayfan..software tu bolehkan kita donlod bukan saje movie/video…audio,image,dokumen/e-book dan program dgn percuma. konsepnya sharing file.sdr ayfan perlu donlod software limewire tu.yg percuma-basic.kalau yg pro saya ada yg siap crack…
lepas donlod kemudian install dlm pc…pastu dah bole guna…caranya open program tu…kalau nak movie cuma taip tajuk movie ….dan program tu akan senaraikan tajuk movie…biasanya beratus2…dlm format divx,mpeg dan mp4…
tapi AWAS!!! dlm senarai tajuk2 tu akan termasuk movie2 yg…???faham2 jela…juz ignore je…pilih aje movie yg sdr ayfan nak….cete transformer ni mgkin baru lagi…klau ade pun mgkin bukan dalam format dvd…atau gambar tak clear…kalau cete lama2 sure clear…dlm format divx…divx ni compress dari DVD…walaupun saiz file kecil tapi kualiti gambar standard DVD…
sama juga klau nak cari audio/lagu,dokumen dan lain2….
saya guna software tu utk donlod cete2 siri cam CSI,LOST,Prison Break dan lain2…cete2 tu ada yg astro tak tayang lagi….
cuba….jangan tak cuba….ingat nak tulis pasal software ni lah dlm blog…hehe 😀
Afyan: Oh… gitu ke? Nanti insya-allah sya try!
bacaan tambahan ;p
ni la senario kbykan org skrg.. zmn dh brubah tapi gaya idup n mentaliti masih di takuk lama..
Afyan: Itu beza orang dulu dengan orang sekarang!
klu nak download movie pakai limewire…dekat title 2 type axxo…akan dpt list movie yg gambar cantik