PM Tun Mahathir VS PM TS Muhyiddin

Beza pendekatan Tun M dan TSMY.

www.SeminarBMW.com

Dari FB Salkukhairi Abd Sukor

Saya dok perati. Antara PM Tun Mahathir dan PM TS Muhyiddin ni, dua dua bagus. Dua-dua sayangkan rakyat. Sama macam mereka sayangkan cucu-cucu.

Cuma cara dan pendekatan mereka tunjukkan sayang tu berbeza.

Tun M (Tok Det) ni, cara dia sayang cucu-cucu dia dengan cara suka cabar cucu-cucu dia.

“Tok. Kasi sikit duit Tok. Tak kerja ni”

“Hang ni apalah. Kedrat ada, tapi malaih nak kerja. Nak harapkan bantuan saja. Hang tengok Ah Chong tu rajin kerja”

“Hang tau tak kita sekarang ni tak da duit sangat. Kena usaha lebih. Duit kita kena simpan untuk masa akan datang. Bukan boleh guna ikut suka-suka” kata Tok Det.

Cucu-cucu yang “hati tisu” akan cepat berasa hati. Marah. Memberontak.

“Atok tak guna. Tak sayang cucu. Suka buruk- burukkan cucu” kata salah seorang cucu yang tak puas hati tu.

Tapi cucu yang kuat semangat, depa ambil tu sebagai cabaran untuk berusaha sendiri. Tak harapkan bantuan Atok. Sampailah bila dah berjaya sikit, depa datang jumpa Atok.

“Tok..Kami dah buat kerja betul betul. Nak niaga. Tapi tak berapa nak cukup modal lah. Atok top up sikit boleh?

“Baguih..baguih..berapa hang tak cukup?”

“RM10K ja..”
“Nah ambik RM5K ni. Tapi bila hang dah untung besaq nanti hang bayar balik duit Tok na. Tok nak bantu cucu-cucu lain pulak niaga” kata Tok Det.

“Ok Tok..ok. Terima kasih Tok”..

Adapun PM Muhyiddin (Tok Din) ni, dia sayangkan cucu-cucu dengan suka manjakan dan ikut kehendak cucu-cucu dia.

“Tok. Kasi sikit duit Tok. Tak kerja ni”

“Berapa korang nak?” tanya Tok Din

“Seribu dua ratus jadi lah”

“OK. hujung bulan nanti Tok kasi ye.

“Tok..nak keluar rumah lah Tok. Bosan duk rumah.”

“Nak keluar? Kan ke sekarang ni musim COVID 19. Bahaya keluar”

“Bolehlah Tok, kami dah stress ni. Kerja tak dak. Duk rumah lagi stress”

“Ok. Ok. Keluarlah. Tapi jangan ramai-ramai ya. Pastikan penjarakkan sosial 1 meter, cuci tangan selalu tau”

“Ok Tok. Terima kasih Tok..saaaayang Tok”

“Cu..kalau jadi apa-apa nanti tanggung sendiri lah ya”. Hai lah..Bertuah betul cucu cucu aku ni. Nak itu, nak ini. Tak kasi nanti mengamuk kat media sosial” ngomel Tok Din sorang diri.

Bila sampai hujung bulan cucu cucu pun tuntut duit yang Tok Din dah janji. Tok Din suruh cek dengan Tok Wan.

Tok Wan kata “Korang tak lepas ni. Tak layak kot. Korang ada daftar bisnes SSM.”

“Tapi kan dulu Tok dah janji nak kasi?” kata salah seorang cucu yang bengang.

“Tak per..korang buat rayuan melalui Tok Wan ye. Nanti Tok Wan bisik-bisik kat Atok korang” kata Tok Wan.

Haha..begitulah cara dan pendekatan dua orang figura ini tunjukkan sayang pada rakyatnya. Kedua duanya ada cara masing-masing.

Sorang nampak tegas secara luaran, tapi penyayang. Sorang nampak lembut, tapi di belakang ada ketegasannya.

Tapi satu persamaan antara kedua-duanya adalah:

BUKAN SENANG- SENANG NAK DAPAT DUIT ATOK BERDUA TU. 

Mari belajar cara pengurusan kewangan ala-ala Tok Det dan Tok Din di sini

eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com