Ada Apa Dengan UIA
Saya mengikuti rapat gelodak gerakan mahasiswa yang melanda UIAM pasca pilihanraya kampus (PRK) yang lalu.
Selaku bekas pelajar yang pernah menyertai gerakan mahasiswa di sana, saya tidak terperanjat dengan usaha campur tangan pentadbir UIAM untuk melantik Presiden SRC UIAM beberapa hari yang lalu.
Namun, gelodak yang melanda diri saya ini tidak mampu dibendung lagi maka terhasilnya penulisan ini.
Pusat Matrikulasi
——————-
Pengalaman saya di UIAM sejak dari tahun 1999 di Pusat Matrikulasi UIAM, Lembah Pantai, kemudian berpindah ke Petaling Jaya dan akhir sekali di Gombak, menyaksikan trend yang sama.
Jika di Pusat Matrikulasi, pada zaman saya PRK hampir mirip pemilihan pengawas sekolah, iaitu selepas PRK, akan ada pula exco yang dilantik oleh STADD / HEP. Maknanya, jika ada 10 kerusi dipertandingkan, akan ada pula 5-10 kerusi exco untuk lantikan STADD.
Sebab apa? Sebab untuk mengekang gerakan mahasiswa menguasai kampus, kerana jika calon-calon yang ditaja oleh STADD tewas dalam PRK, mereka boleh mengekang gerakan mahasiswa.
Cuma saya difahamkan, kita sudah tiada lagi PRK di pusat matrikulasi UIAM. Semua exco MPP Pusat Matrikulasi UIAM akan dilantik oleh STADD. Sebabnya? Sebab exco yang dilantik STADD pun memilih exco WUFI sebagai Presiden!
Jika dahulu ia hampir mirip pemilihan pengawasa sekolah, kali ini bukan hampir mirip lagi, tapi memang sama dengan!
Kampus Utama UIAM Gombak
———————————-
Perkembangan di kampus utama UIAM Gombak, menyaksikan selama lebih 10 tahun berturut-turut PRK dimenangi gerakan mahasiswa WUFI a.k.a We Unite For Islam (kecuali tahun boikot 2005) tanpa gagal.
Gerakan mahasiswa WUFI disinonimkan dengan gerakan Pro-Mahasiswa dan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung Malaysia) yang dilabelkan sbg gerakan mahasiswa anti-establishment, bertembung dengan Pro-Aspirasi yang condong kepada universiti dan WUFI menang.
Yang lebih menarik, pada zaman gelap gerakan mahasiswa sekitar tahun 2000-2002 yang menyaksikan kampus-kampus lain beralih arah kepada gerakan mahasiswa Pro-Aspirasi, mahasiswa UIAM masih memilih WUFI sebagai kerajaan!
Pelbagai cara dijalankan oleh pihak pentadir untuk mengekang WUFI, antaranya seperti;
+ Menukar pentadbir. Sejak selepas zaman Reformasi 99 apabila Anwar Ibrahim selaku Presiden UIAM turut dibuang dari UIAM, beberapa tokoh sudah megambil alih antaranya Dato Sri Sanusi Junid dan kini Dato Mizan untuk memgang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran UIAM. Mereka tetap gagal.
+ Menjalankan PRK serentak seluruh negara. Teori mereka selama ini, gerakan-gerakan mahasiswa Pro-M dan GAMIS saling membantu setiap kali PRK maka dijalankan PRK serentak supaya setiap kampus tidak mendapat bantuan kampus lain. Strategi ini mungkin berjaya di kampus lain, tapi tidak di UIAM.
+ Mewajibkan semua pelajar mengundi. Teori mereka, selama ini WUFI menang sebab tidak ramai yang turun mengundi, hanya 30% sahaja. Pada mereka ada 70% lagi pelajar yang langsung tidak kisah tentang politik kampus, maka pada 2002 dimulakan kempen “Voting is Compulsory” yang membolehkan STADD mengambi tidakan disiplin jika pelajar tidak mengundi. Mereka menjangka, jika ramai pelajar turun mengundi, maka peluang WUFI menang semakin tipis. Namun, sekalipun lebih 90% pelajar UIAM turun mengundi, WUFI masih menang. Menang besar pula.
+ Menghapuskan kerusi umum. Ia hampir sama dengan strategi manipulasi “garry-mandering” dalam demokrasi berparlimen. Teori mereka, dengan menghapuskan kerusi umum, maka pengaruh WUFI semakin kurang. Ternyata mereka silap lagi.
+ Memperbanyakkan kerusi antarabangsa. Teori mereka, WUFI hanya disokong oleh mahasiswa Malaysia dan dengan menambah kerusi pelajar antarabangsa, maka WUFI tiada calon. Ternyata WUFI tetap menghantar calon untuk kerusi antarabangsa.
+ Mengurangkan kemasukan pelajar kuliah Ilmu Wahyu dan Bahasa Arab. Teori mereka, kebanyakan yg menyokong WUFI adalah bekas-bekas pelajar sekolah agama yg kebanyakannya dari kedua-dua kuliah ini. Dengan cara ini, dalam masa 4 tahun pelajar dari latar belakang sekolah agama akan berkurangan di UIA dan peluang WUFI menang semakin tipis. Sekali lagi, mereka silap. Sekalipun perkara ini sudah berjalan lebih 4 tahun, WUFI masih menang PRK.
+ Mengurangkan kerusi bagi kuliah Ilmu Wahyu dan Bahasa Arab. Sama teori sebelum ini.
+ Memperkenalkan e-voting. Kononnya utk memudahkan proses pengiraan undi. Biarpun mendapat bantahan awal, ia tetap diteruskan. Ternyata mereka kantoi untuk menipu apabila keluar keputusan yg berpihak kepada Pro-Aspirasi, ada sesetengah kerusi, jumlah pengundi lebih ramai dari jumlah pelajar! Napk benor nipunya. Kekantoian ini menyebabkan terpaksa diadakan PRK semula dan WUFI menang lagi.
Rentetan daripada tindakan-tindakan STADD ada beberapa insiden besar berlaku dalam coretan sejarah mahasiswa kampus di UIAM, antaranya;
+ Kes pemecatan Presiden MPP UIAM. Dalam sejarah Malaysia, inilah kali pertama Presiden MPP UIAM yang dipilih secara sah melalui pilihanraya, dipecat oleh STADD. Sejarah yang pasti tidak akan dilupakan, pada tahun 2001 STADD UIAM memecat Sdra Dasuki Wahab dari jawatan Presiden MPP UIAM.
(Nota: Saya pernah menulisnya dahulu; https://afyan.com/sanusi-junid-dahulu-memecat-sekarang-dipecat/)
+ Boikot PRK. Ia berlaku pada tahun 2005, dalam masa sama seorang pelajar, Sdra Mozahiri mengfailkan saman kepada UIAM bagi menghalang PRK kerana ia diumukan dengan tidak demokratik.
Ketika mula-mula gerakan mahasiswa UIA, WUFI mengumumkan pemboikotan PRK, ia mengejutkan gerakan mahasiswa seluruh Malaysia malah mendapat tentangan. Dipendekkan cerita, tindakan ini diikuti pula oleh kampus-kampus lain dan memberi impak dalam gerakan mahasiswa.
TERKINI!
———
Kini, WUFI buat ke sekian kalinya memenangi PRK UIAM sekalipun kali ini pertembungan front mahasiswa melibatkan beberapa penjuru, termasuk Pro-Aspirasi yang condong STADD, pertubuhan Pembina yang dinaungi ISMA, pertubuhan yang dalam PRU lalu bertanding di atas tiket Parti BERJASA dengan motto “Arus Baru” dan “Pilih Muslim Berwibawa, calon IKRAM Siswa dan juga calon-calon bebas.
Sekalipun berlaku sehingga empat penjuru WUFI vs Pro-A vs Pembina (ISMA) vs Calom IKRAM Siswa vs Bebas, WUFI masih mengungguli mahasiswa UIAM apabila memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. 11 daripada 13 kerusi mahasiswa Malaysia dimenangi oleh WUFI.
Kejutan berlaku selepas PRK, mirip insiden Presiden MPP dipecat.
Kali ini, pentadbir masuk campur dalam mesyuarat perbincangan memilih presiden dengan cara yang lagsung tidak demokratik. Suara majoriti diketepikan.
Jika beginilah caranya, maka eloklah dihapuskan sahaja sistem pilihanraya di kampus-kampus dan digantikan dengan cara pemilihan terus oleh STADD.
We Are All SRC! https://www.facebook.com/pages/We-Are-All-SRC/191698331015416
Afyan Mat Rawi,
Graduan Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1999-2003.
www.afyan.com
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran