Adakah Dengan Tambah Pendapatan Dapat Selesaikan Masalah Kewangan?
Beberapa hari ini viral screnshot-screenshot netizen yang mengadu tentang ketidakcukupan mereka dalam bajet seharian dan bulanan.
Untuk solusi jangka masa pendek ialah dengan tambah pendapatan atau / dan potong perbelanjaan. Tapi ia belum mampu selesaikan masalah hingga ke akar umbi.
Percaya atau tidak, apabila tambah pendapatan pun, masalah kewangan tetap akan ada.
Masa gaji RM2,000 ada masalah kewangan. Kemudian apabila gaji naik jadi RM2,500 pun akan tetap ada masalah kewangan. Kalau gaji naik jadi RM3,000 pun maslaah kewangan tetap akan ada?
Jadi, adakah dengan tambah pendapatan, masalah kewangan tadi akan selesai?
Untung menerangkan fenomena ini, dalam program-program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW, saya akan buat ujikaji berikut kepada para peserta.
PERTAMA
Saya tanya kepada peserta; masa mula-mula dapat gaji pertama selepas grad dulu, berapa gaji?
Masing-masing akan kongsikan pengalaman masing-masing. Ada yang RM1,000,ada yang RM1,200, ada yang RM1,500, ada yang RM1,800, ada yang RM2,000, ada yang RM2,000 dan begitulah seterusnya…
KEDUA:
Tanya soalan: Banyak atau sikit gaji sebanyak itu berbanding sebelum grad atau sebelum bekerja?
Pastinya, 100% akan cakap ia cukup, tidak kira berapa gaji mereka. Tidak kira gaji RM1,200, gaji RM1,800, gaji RM2,000, gaji RM2,500 – pasti masing-masing akan cakap masa gaji pertama dulu, gaji sebanyak itu adalah cukup. Malah ada yang jawab cukup banyak!
KE-2: Tanya soalan: Berapa lama rasa banyak dengan gaji sebanyak itu?
Ada yang jawab, 3 bulan. Ada yang jawab, 6 bulan. Ada yang jawab sehingga start beli kereta. Ada yang jawab sehingga berkahwin dan sebagainya.
KE-4: Tanya soalan: Jika sekarang dengan gaji sebanyak itu (sebanyak ketika mula-mula bekerja), banyak atau sikit?
100% akan jawab gaji itu sikit dengan situasi sekarang.
KE-5: Tanya pula berapa gaji sekarang? Cukup atau tak?
90% akan cakap tak cukup. Sebab dah ada banyak komitmen.
KE-6: Berapa gaji yang dikatakan cukup?
Masing-masing akan bagi jawapan gaji yang lebih tinggi daripada gaji sedia ada. Orang yang bergaji RM2,000 akan kata RM3,000 ke atas. Bagi orang yang bergaji RM3,000 akan kata RM4,000 ke atas. Bagi orang bergaji RM4,000 akan kata RM5,000 ke atas dan begitulah seterusnya.
Berdasarkan ujikaji di atas, situasi yang sama akan berlaku apabila berlaku pertambahan gaji kelak.
Contohnya, orang yang sekarang gaji RM2,000, buat masa sekarang mereka akan rasa gaji RM2,000 tu sikit dan gaji RM3,000 baru cukup. Tapi apabila dapat gaji RM3,000, meraka hanya rasa banyak ketika mula-mula dapat gaji tersebut. Tapi “rasa” tersebut tidak akan kekal lama dan kemudian akan berasa ia taklah banyak mana dan akan “rasa” bahawa gaji RM4,000 barulah cukup banyak.
Kitaran tersebut akan berulang lagi ketika dapat gaji RM4,000. Masa mula-mula dapat gaji RM4,000 akan rasa cukup. Tapi ia tak lama. Lama-kelamaan akan rasa ia sikit sahaja dan ketika itu akan rasa bahawa gaji RM5,000 barulah cukup.
Dan begitulah seterusnya…. Sehingga Abang Jamil mampos pun takkan pernah rasa ia cukup.
Jadi, bagaimana nak atasi masalah-masalah ini?
Pertama sekali kita kena cek balik, apakah punca sebenar masalah kewangan kita?
Benarkah masalah utama adalah sebab gaji sedikit?
Adakah dengan tambah pendapatan, masalah-masalah tadi akan selesai?
Jika benar masalah kewangan berpunca daripada gaji yang sikit, dan dengan tambah pendapatan maka masalah-masalah tadi boleh selesai, kenapa orang yang ada gaji RM4,000 – RM5,000 pun ada masalah kewangan? Malah orang yang ada gaji RM9,000 – RM10,000 pun ada masalah kewangan?
Sebenarnya ada satu perkara lagi yang lebih penting yang ramai terlepas pandang – UBAH MINDSET.
Mindset umpama akar pada sebatang pokok.
Untuk mendapatkan buah yang ranum, fokus utama bukan kepada buah tapi kepada akar.
Begitu juga untuk mendapatkan kewangan yang kukuh dan stabil, fokus utama ialah mindset bukan kepada material kewangan itu.
Solusi menambah pendapatan semata tanpa diiringi dengan ilmu kewangan, ibarat meletak baja pada buah tapi tidak pada akar.
Jadi, solusi ampuh bagi masalah-masalah kewangan yang berlalu adalah dengan menambah ilmu-ilmu kewangan dan ia bukan solusi sehari dua.
Jika untuk dapat degree, kita perlu belajar 3-4 tahun, itu belum dicampur dengan tempoh sijil dan diploma 2-3 tahun, maka begitu juga untuk belajar ilmu-ilmu kewangan. Ia memakan masa.
Macam orang obesiti nak kuruskan badan. Ia bukan semudah telan pil ajaib untuk selesaikan. Ia perlu komitmen, masa dan kesungguhan.
Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy
P/s: Fahami 7 asas kewangan di Seminar Bijak Merancang Wang 2.0 LIVE 23 Oktober 2021 akan datang.
.
Anda akan dapat bonus bernilai sehingga RM295 lagi.
.
Yuran seminar ini hanya RM15 dan terhad untuk 2000 orang sahaja.
.
Cepat klik:
https://akademibmw.com/bmw-live/
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran