fbpx

Antara ibadat dan selera: Pengalaman haji yang menginsafkan

  • 2Minutes
  • 202Words
  • 12Views

Terbaca posting ini dalam sebuah grup berkaitan haji, apabila salah seorang bakal jemaah haji berkongsi gambar persediaan membawa sejumlah makanan yang agak besar untuk dibawa ke sana.

Ia menerima komen yang pelbagai. Ada yang terkejut, ada yang menyokong dan tidak kurang ada juga yang menegur.

Tulisan itu mengingatkan saya pengalaman menunaikan haji tahun 2017 dahulu.

Seminggu sebelum berangkat, saya membeli stok makanan segera yang agak banyak.

Sebaik sahaja bawa pulang ke rumah dan tunjukkan kepada isteri, beliau menegur,

“Abang, kita ke sana untuk beribadat, bukan untuk makan.”

Ditegur isteri

Teguran ringkas tetapi sentap.

Sebaik sahaja ditegur sebegitu rupa, saya terus batalkan niat.

Tidak ada satu pun stok makanan segera yang dibawa. Semua ditinggalkan di rumah.

Ia dilakukan dengan penuh keazaman membara menunaikan ibadat haji.

Namun apabila berada di sana seminggu, terus terkenang makanan segera yang ditinggalkan.

Bukan makanan yang disediakan di sana tidak sedap, tapi tidak kena dengan tekak saya.

Terpaksalah beli stok makanan segera di sana, walaupun harganya agak mahal dua atau tiga kali ganda harga di Malaysia.

Makanan Malaysia ada juga dijual seperti nasi lemak, roti canai tapi harganya masya-Allah!

Dan hasilnya, saya pulang ke Malaysia dengan penuh keinsafan dan penurunan berat badan hampir 10 kg 😄

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?