Antara Sebab Berlaku Inflasi
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad
Tahun 1996, saya darjah 6. Dalam perjalanan ke sekolah, saya singgah untuk beli sebungkus nasi berlauk ayam gulai. Harganya cuma 60 sen.
Saya tak tahu itu harga untuk budak sekolah atau harga untuk semua orang. Tak pernah tanya. Yang saya ingat cuma rasanya. Sedap teramat. Hehe
24 tahun selepas itu, saya punyai anak darjah 1. Belanjanya ke sekolah antara 3 ke 4 ringgit sehari.
Di kantin, nasi berlauk ayam kicap harganya 2 ringgit sepinggan. Untuk belanja sebanyak ini saya dapat makan nasi bungkus tadi selama 3 hari pada tahun 1996.
Inilah yang dikatakan inflasi. Inflasi dalam bahasa mudah ialah kenaikan harga barang atau perkhidmatan. Daripada 60 sen sebungkus kepada 2 ringgit sepinggan. Begitulah. Itu pun mengambil masa yang agak lama.
Antara sebab lain berlaku inflasi
1. permintaan terhadap barangan meningkat kerana kuasa beli yang turut meningkat.
2. Peningkatan harga bahan mentah menjadikan kos pembuatan bertambah tinggi.
3. Pengeluar menaikkan harga barang.
Jika berlaku inflasi, harga barang sukar lagi untuk diturunkan kepada harga asal. Sejak darjah 6 juga selalu terfikir, kenapa kerajaan atau bank tak boleh cetak duit banyak-banyak dan bantu orang susah. Selesai masalah.
Lebih-lebih lagi di musim pandemik yang berlaku ini menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Maka, cetaklah duit dan agihkan kepada orang yang memerlukan. Kalau lah mudah dan sesenang itu.
Namun, apabila duit makin banyak, harga barang dan perkhidmatan tentu jadi mahal. Nilai mata wang jadi makin rendah.
Sebagaimana yang berkaku di Zimbabwe sekitar tahun 2005 dan 2006, kadar inflasi meningkat sehingga 400%. Pergi ke pasar terpaksa bawa duit guna kereta sorong. Begitu sekali lambakan.
Islam menggalakkan supaya individu yang berkemampuan menolong keluarganya yang hidup susah terlebih dahulu. Kemudian baru usaha tolong orang miskin, anak yatim dan orang lain yang memerlukan.
Begitu juga sistem zakat, pusat zakat banyak membantu golongan asnaf dan orang yang memerlukan. Besar sekali pahala orang yang menyumbang dan membayar zakat.
Harapnya kerajaan dapat melakukan yang terbaik untuk memulihkan semula semangat dan ekonomi negara. Ahli politik, berhenti lah berpolitik tak ketahuan. Rakyat makin bijak menilai.
Sungguh, Si Corona mengajar kita banyak perkara.
Ahmad Mustapha Ahmad
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran