fbpx

Apa Beza Scammer Dengan Ejen Misleading?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 199Words
  • 635Views

Ayat scammer;

– “Sertai kami mengembalikan matawang sunnah. Beli emas dengan kami, dan dapat duit bulan-bulan”.

– “Beli rumah guna perjanjian salam. Bayar RM80,000 dapat duit bulan-bulan selama 3 tahun kemudian dapat rumah yang berharga RM400,000”.

– “Kami gunakan kontrak jual beli, bayar RM10,000 dalam skim Abdul Rahman Auf dan dapat duit bulan-bulan hasil jualan kopi serangga”.

Ayat misleading;

+ Ejen takaful “Takaful Haji ini lebih bagus dari Tabung Haji. Boleh dapat coverage dan dapat pulangan lebih tinggi daripada Tabung Haji”.

+ Ejen takaful “Medical card ini boleh bagi pulangan return 40%”.

+ Ejen unit trust “Pulangan dana kami 30% setahun!!! Pulangan selama 30 tahun ialah 3000% since inception. 3000% bahagi dengan 10 tahun dapat 30% setahun!”.

+ Ejen ASBF pula kata “Dengan modal RM13,200 untuk bayar installment ASBF tahun pertama, selepas 30 tahun dapat RM200,000 bermakna 1515% pulangan terkumpul. 1515% bahagi dengan 30 tahun dapat annualized return 50.5%!!!”.

Nampak tak?

Satu pihak mempergunakan agama untuk mempromosi skim-skim too good to be true.

Satu pihak lagi mempergunakan instrumen kewangan yang legal seperti takaful, unit trust, ASBF untuk misleading dengan pulangan yang too good to be true.

Sama atau berbeza?

Takkanlah disebabkan ejen yang misleading itu satu industri dengan kita atau satu kompeni dengan kita maka kita diamkan dan butakan mata melihat kesalahan yang berlaku secara terang-terangan.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Boleh baca berita ini. Jika bukan scammer, perkataan apa yang…