fbpx

Aplikasi Smart Parking Selangor

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 250Words
  • 675Views

Sejak gunakan aplikasi Smart Parking Selangor, mudah untuk membuat bayaran letak kerata di mana-mana kawasan Majlis Perbandaran hampir keseluruhan negeri Selangor.

 Tidak perlu lagi cari mesin bayaran parking.

 Tiada lagi masalah kalau mesin rosak.

 Tiada masalah mesin telan duit.

 Tidak perlu lagi letak tiket parking pada dashboard kereta.

 Tidak perlu lagi keluar dari pejabat untuk tambah tiket parking.

Tak perlu lagi sediakan duit syiling. Kalau tak ada, jenuh nak tukar pula duit kertas dengan duit syiling.

Tak perlu lagi pergi cari kupon gores dan parking. Sila gores, tak boleh pakai.

  Hanya perlu install Apps Smart Parking Selangor ini.

Boleh follow instruction pada gambar di bawah ini.

Ia boleh digunakan untuk semua Majlis Perbandaran di hampir selllluuuruuuh negeri Selangor.

Jangan pula guna masa hendak parking di Kedah, Terengganu, Johor, Sarawak, apatah lagi di Wakanda.

 

  1. Cari Apps Smart Parking Selangor dalam Google Play atau Apple Store dan install.
  2. Kemudian buka Apps tersebut apabila anda meletakkan kenderaan dalam mana-mana kawasan Majlis Perbandaran dalam negeri Selangor.
  3. Boleh masukkan nombor kenderaan anda. Maksima boleh 6 kenderaan dalam satu masa.
  4. Top-Up kredit akaun anda
  5. Ada banyak pilihan bank boleh dipilih.
  6. Akan dikenakan caj RM1 setiap kali Top-Up.
  7. Dah ada RM10 dalam akaun.
  8. Kemudian pilih tempoh masa untuk meletakkan kenderaan
  9. Pengesahan pembayaran dan tempoh masa
  10. Akan keluar countdown masa yang tinggal.
  11. Eh, patutnya kena register dulu tadi. Lupa dah step mana. Hahaha
  12. Boleh daftarkan sampai 6 buah kenderaan dalam satu-satu masa.
  13. Boleh pilih kawasan lain juga. Yang penting di Selangor, bukan Wakanda.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mana lebih baik antara unit trust dengan emas? Ini antara…