fbpx

ASB dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti VS Majlis Fatwa

Fax bertarikh 12 Februari 2009 ini saya terima melalui pada 13 Februari 2009. Kepantasan teknologi memungkinkan segala-galanya serba kemungkinan. Maka dengan kepantasan teknologi juga, saya meng’upload’ fax ini ke dalam blog saya 🙂

Jelas, isi kandungan fax berkenaan menegaskan tentang pendirian Suruhanjaya Sekuriti untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung keharusan ASN dan ASB.

Polemik ASN dan ASB ini menjadi polemik yang tidak sudah-sudah sejak dahulu sehingga sekarang. Kalau tidak silap saya sejak tahun 80-an lagi isu ini sudah dibangkitkan,.

Tahun lalu, menjelang PRU 12, tiba-tiba Majlis Fatwa mengumumkan ASN dan ASB harus atas kemaslahatan orang Melayu Islam yang benyak mencarum di dalamnya. Dari cakap-cakap politik, keputusan ini ada pengaruh daripada pihak-pihak tertentu.

ASB Dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti vs Majlis Fatwa

Seorang kawan yang bekerja di JAKIM, bertalu-talu menerima telefon dan SMS sebaik sahaja keluarnya berita tentang ”keharusan” ASN dan ASB. Walhal dia bukanlah terlibat secara lansung dengan urusan Majlis Fatwa.

Dengarnya, ada sebuah bank yang beria-ia untuk mendapatkan status ’harus’ tersebut kerana bank tersebut mempromosi produk yang melibatkan pinjaman untuk perlaburan ASB dan ASN. Penasihat syariah bank tersebutlah antara yang mempertahankan status ’harus’ ASN dan ASB. Salah seorang penasihat syariah bank tersebut adalah seorang mufti.

Suruhanjaya Sekuruti adalah sebuah badan yang mengawal insititusi-institusi pelaburan yang ada di Malaysia. Keahlian badan penasihat syariahnya bukan calang-calang. Boleh lihat di dalam laman web Suruhanjaya Sekuriti. Merekalah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan keputusan berbeza daripada keputusan Majlis Fatwa. Bukan calang-calang orang.

Mungkin selepas ini, mereka perlu berbincang dengan ahli Majlis Fatwa untuk memperjelaskan isu ini.

Ustaz Zaharudin pernah membuat ulasannya di dalam blognya dahulu.

Apa kata Pakdi? 🙂

 

 

31 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com