fbpx

Awas Kakitangan Kerajaan!

  • 11 years ago
  • 2Minutes
  • 230Words
  • 389Views

Beberapa kali saya mengendalikan program kepada kakitangan kerajaan, saya perasan satu perkara:

1) Skim-skim pelaburan akan sasarkan kakitangan kerajaan untuk menyertai mereka.

2) Ejen-ejen Unit Amanah, Takaful dan Insurans akan mensasarkan mereka untuk menjadi pelanggan mereka.

3) Ejen-ejen MLM akan mensasarkan mereka untuk menjadi downline mereka.

4) Ejen-ejen kad kredit juga mensasarkan mereka untuk melanggan kad kredit mereka.

5) Skim-skim pinjaman bank memudahkan pinjaman bagi kakitangan kerajaan.

6) dan banyak lagi skim yang memang dikhususkan kepada kekitangan kerajaan.

Apa yang dapat saya simpulkan, perkara ini terjadi kerana:

a) Kakitangan kerajaan mudah untuk memohon pinjaman / pembiayaan peribadi sehingga RM200,000, terutama dari Bank Rakyat.

b) Jadi dengan kemudahan tersebut, maka berlumba-lumba skim-skim pelaburan / MLM mendatangi mereka untuk menyertai mereka. Caranya ialah mereka membuat pembiayaan / pinjaman peribadi dan menggunakan duit itu untuk melabur.

c) Slip gaji kakitangan kerajaan sangat laku di bank, jadi mudah untuk memohon pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman itu ini dll.

d) Kakitangan kerajaan mempunyai kemudahan potongan ANGKASA dan ia menarik dan memudahkan ejen-ejen takaful / insurans untuk mempengaruhi mereka.

e) Bagi kakitangan kerajan yang agak lama pula, mereka akan dipromosi oleh ejen unit amanah untuk mengeluarkan wang KWSP mereka untuk melabur di dalam saham amanah.

Hasilnya….

“1,200 penjawat awam pinjam along”

“1086 penjawat awam muflis”

“Muflis kerana hutang kereta: Ramai penjawat awam terjerat skim tanpa deposit”

“200,000 pesara kerajaan berdepan tekanan hidup”

“Pinjam koperasi along: Sendiket guna orang tengah pujuk kakitangan kerajaan buat pinjaman untuk labur dalam skim MLM”.

Awas

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan di blog ini yang bertajuk "Penama Takaful / Insurans:…