fbpx

Bagaimana Anda Melihat Takaful

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 367Words
  • 369Views

Di petik dari FB Akif Radzi berkenaan denan bagaimana anda memilih Takaful

ANDA PROSPEK YANG BAGAIMANA?

.
Berikut adalah bagaimana anda terpilih atau dipilih untuk mengambil Takaful :

.
.
1. Pembacaan

Prospek sebegini biasanya suka mengkaji dan membuat analisa, mereka sarat dengan info dan maklumat. Antara sumber mereka adalah blog/surat khabar/berita/media sosial. Prospek ini amat memandang serius kepentingan takaful tetapi menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan untuk mengambil takaful. Mereka mencari takaful yang betul-betul “perfect”. Kadang-kala mereka agak “cerewet” untuk mengambil takaful dan ada juga yang “trauma” dengan berita-berita unclaimed policy. Selain itu, mungkin juga ada yang sekian lama menjadi pengkaji, tetapi masih belum memiliki Takaful. Sekiranya prospek ini bertukar menjadi klien, dia akan menjadi klien yang setia dan berkualiti.

.
.
2. Penerangan

Untuk penerangan, pendapat saya kebiasaannya prospek akan lalui, ini adalah kerana keinginan prospek untuk mengetahui perincian setiap perlindungan yang dilindungi. Ada yang mendapat penerangan melalui direct approach, calling mahupun appointment. Yang paling berkualiti adalah appointment sebab akan berlaku komunikasi dua hala yang berkualiti dan lebih memuaskan. Tetapi prospek yang mempunyai limitasi masa dek kesibukan kebiasaan lebih sukar untuk berjumpa akan terdedah kepada miss-info. Jumpa pun untuk sign-up sahaja.

.
.
3. Pengalaman

Ramai juga yang mengambil Takaful atas faktor pengalaman. Contohnya pengalaman dalam menguruskan ahli keluarga yang perlukan rawatan di hospital kerajaan khususnya melibatkan tempoh menunggu yang agak lama dan juga dari sudut keselesaan tanpa menafikan rawatan yang sangat baik di sana. Ada juga yang berpengalaman berkongsi kos dengan adik beradik untuk menampung kos/biaya perubatan ahli keluarga yang tinggi. Ataupun pengalaman melihat keperitan seorang isteri yang kehilangan punca kewangan dek kerana kematian/sakit kritikal suami tercinta sehingga terpaksa bekerja 24/7 untuk menampung anak-anak.

.
.
4. Keturunan

Haaa! Faktor keturunan pun ada. Apa yang saya maksudkan adalah atas kesedaran yang tinggi oleh ibubapa yang mengambil Takaful untuk anak-anak. Apabila usia mereka mencecah 25tahun atau sudah mempunyai pendapatan, sumbangan Takaful diteruskan oleh anak tersebut. “Saya dah ada Takaful sejak dari dalam perut..”kata prospek.

.
Ha! Anda prospek yang bagaimana?

.
Apapun yang anda lalui, ambillah Takaful atas KESEDARAN ianya suatu keperluan dalam menguruskan risiko 3D (Death, Disable, Disease)

.
See First FB Page : Cakna Kewangan Anda

.
Mohd Akif
INFAQ Consultancy
“Plan Your Wealth, Change Your Life”

#INFAQConsultancy
#CaknaKewanganAnda
#AkifRadzi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Asal sesuatu perkara dalam muamalat adalah harus, kecuali dibuktikan sebaliknya.…