fbpx

Bagaimana Mula Menyimpan? (2)

  • 5 years ago
  • 5Minutes
  • 839Words
  • 484Views

poster-duit.jpg

Bagaimana Mula Menyimpan? (2)

https://www.afyan.com

Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan saya sebelum ini dengan tajuk yang sama.

Jika sebelum ini, saya menyentuh tentang “berapakah jumlah yang sepatutnya disimpan?”, kali ini adalah tentang “bagaimanakah untuk menyimpan”.

Bagaimanakah untuk menyimpan?

Serba sedikit ia telah disebut di dalam tulisan terdahulu, ada dua cara asas untuk memulakan simpanan. Dua cara tersebut adalah :

Pertama: Mengurangkan perbelanjaan, atau

Kedua: Menambah pendapatan.

Sebagaimana yang disyorkan, sebaiknya kita memilih untuk menggunakan kedua-dua cara berbanding menggunakan salah satu.

Sebenarnya cara ini adalah cara yang digunakan oleh mana-mana organisasi-organisasi korporat dan perniagaan konglomerat dalam menghadapi krisis ekonomi dan kewangan dunia.

Sebagai contoh,  kaedah pertama iaitu dengan cara mengurangkan perbelanjaan, digunakan di dalam dunia korporat dengan membuang para pekerja. Dengan membuang pekerja dapat mengurangkan kos operasi syarikat berkenaan kerana bayaran gaji yang sepatutnya digunakan untuk membayar pekerja tadi dapat dijimatkan.

Begitu juga dengan cara kedua, iaitu dengan menambahkan pendapatan. Untuk mencapai cara ini, syarikat akan menumpukan sepenuh usaha kepada aspek pemasaran dan jualan.

Jadi, dalam pengurusan kewangan peribadi pun kaedah yang sama digunakan.

Kaedah 1: Mengurangkan Perbelanjaan

Pertama sekali, saudara perlu semak perbelanjaan harian saudara. Kemudian kenal pasti mana-mana perbelanjaan yang dapat dikurangkan atau dibuang terus.

Sebagai contoh, stesen TV berbayar. Mungkin saudara boleh semak sama ada selama ini ia berbaloi ataupun tidak untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi mendapatkan stesen TV berbayar, dalam masa sama stesen TV percuma yang sedia ada pun tidak tertonton. Ia bergantung kepada penilaian individu.

Contoh-contoh lain termasuklah makanan, barangan dapur, elektrik, petrol, kenderaan  dan sebagainya.

Mungkin sesekali boleh gunakan motosikal atau pun perkhidmatan awam untuk menjimatkan perbelanjaan. Atau jika selama ini hampir setiap hari makan di luar,, apa kata sekiranya cuba sekali sekala masak sendiri dan mengurangkan makan di luar.

Dalam perkara ini, amalkan amalan berjimat ketika banyak, berbanding berjimat ketika sedikit.

Jika selama ini perbelanjaan keseluruhan adalah sebanyak RM 2000, cuba pula berbelanja dengan hanya 1990 sebulan. Dengan cara ini RM 10 telah berjaya dijimatkan. Kemudian turunkan pula kepada 1980, 1970 dan seterusnya J

Ia adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

Tidak berjaya?

Tidak mengapa, saya ada kaedah yang lain pula… baca selanjutnya.

Kaedah 2: Menambah Pendapatan

Untuk menambah pendapatan, ia secara tidak langsung akan berkait rapat dengan pendapatan dan pekerjaan kita sedia ada sekarang ini.

Secara asasnya, untuk menambahkan pendapatan ia akan berkait rapat dengan produktiviti dan prestasi kita. Kedua-dua perkara ini amat penting bagi kita mendapatkan pendapatan tambahan.

Ada beberapa 2 cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan:

  1. Menambahkan pendapatan melalui kerja sedia ada, atau
  2. Menambahkan pendapatan melalui kerja lain.

Jika saudara ingin menambahkan pendapatan melalui kerja sedia ada (cara 1), ada beberapa cara yang boleh dilakukan:

1.1  Meminta kenaikan gaji :), atau

1.2  Bekerja lebih masa, jika ada.

Manakala, sekiranya ingin menambahkan pendapatan melalui kerja lain (cara 2), cara ini mungkin boleh dilakukan

2.1  Bertukar ke syarikat atau pekerjaan lain, atau

2.2  Melakukan pekerjaan yang memberikan pendapatan sampingan.

Mana-mana cara pun, ia akan berkait rapat dengan prestasi dan produktiviti kita. Sebagai contoh, untuk meminta kenaikan gaji (contoh 1.1) – adakah kita layak untuk mendapatkannya.

Atau melakukan pekerjaan yang memberikan pendapatan sampingan (contoh 2.2), ia turut menuntut keupayaan kita untuk melakukan kerja-kerja lain tersebut.

Jadi di sini, saudara perlu meningkatkan produktiviti diri terlebih dahulu dalam masa sama membuat tindakan untuk menambahkan pendapat.

Jadikan keluarga sebagai perangsang untuk perkara tersebut. Bayangkan wajah isteri / suami dan anak-anak kita untuk memberikan lebih motivasi kepada diri kita. Apa yang penting, mana-mana pilihan saudara untuk menambah pendapatan, pastikan ia halal.

Pendapatan halal dan berkat sekalipun sedikit adalah lebih bermakna daripada banyak tetapi tidak berkat.

Untuk cara pertama dengan mengharapkan pendapatan yang lebih dengan pekerjaan yang sama agak sukar dilaksanakan melainkan saudara betul-betul layak, terutama dengan cara 1.1.

Sepanjang pemerhatian saya, ramai yang lebih suka untuk memilih cara 2.1 iaitu dengan bertukar ke syarikat lain. Apa pun ia tetap kembali kepada prestasi dan produktiviti kita. Ramai kawan-kawan saya yang membuat cara ini.

Sebagai contoh, seorang pegawai bank akan bertukar dari satu bank ke bank yang lain dalam masa yang sama pendapatan mereka bertambah. Atau peguam yang bertukar dari satu firma guaman ke firma guaman yang lain.

Jika menunggu tempat yang sama untuk mengharapkan kenaikan gaji, ia berlaku selalunya setahun sekali. Namun, cara ini boleh juga dilakukan dengan mengharapkan “tawaran balas” atau counter offer daripada syarikat sedia ada.

Sebagai contoh, pekerja di syarikat A dengan gaji RM 3000 memohon untuk mendapatkan kerja di syarikat B. Kemudian syarikat B menawarkan kenaikan gaji kepada RM 3500. Lalu, dalam keadaan ini, apabila pekerja tersebut kompeten tentunya syarikat asal iaitu syarikat A tidak akan melepaskan pekerja tersebut dan menawarkan gaji RM 4000 pula sebagai tawaran balas syarikat B.

Untuk cara ini, ia tetap kembali kepada diri kita juga. Prestasi dan produktiviti.

Begitu juga dengan cara 2.2 iaitu dengan mendapatkan pendapatan tambahan melalui kerja-kerja sampingan. Selalunya dengan cara ini, ramai yang akan memilih untuk membuat bisnes sampingan seperti MLM, unit amanah atau takaful. Ada juga yang membuat bisnes sendiri seperti menjual burger, mengajar tuisyen dan sebagainya.

Cara ini juga tetap kembali kepada asas: prestasi dan produktiviti. Adakah kita mampu melakukannya tanpa menjejaskan pekerjaan sedia ada?

Jangan nanti, yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran!

Apa yang perlu dilakukan seterusnya?

Tunggu episod akan datang! Insya-Allah

🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang “pakar” insurans. Mungkin…