fbpx

Biar Miskin Harta, Jangan Kaya Hutang

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 292Words
  • 610Views

Syyyy…. ini cerita benar. Jangan ceritakan kepada orang-orang yang suka berhutang seperti peminat-peminat skim bayaran mudah, pengguna obses kad kredit, penggila aksesori kereta dan sebagainya. – afyan

Saya mengenali seorang lelaki yang berusia awal 40-an yang hidupnya tidak pernah berhutang. Dia hanya bekerja sebagai seorang eksekutif biasa di sebuah syarikat swasta, telah berkahwin dengan 5 orang anak dan tinggal di sebuah rumah sewa 3 bilik. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah berhutang. Malah, beliau cukup takut untuk berhutang.

Pada usia mudanya beliau hanya memiliki sebuah motosikal. Keretanya pertamanya dibeli setelah berdikit-dikit mengumpul duit selama 5 tahun bekerja. Apabila keluarganya bertambah besar, ketika umurnya pertengahan 30-an, beliau menjual kereta pertamanya itu dan duit jualan kereta tersebut dengan ditambah dengan wang simpanan selepas itu, dia membeli kereta terpakai yang lebih luas dengan bayaran tunai! Terkejut besar tauke kereta terpakai apabila beliau datang dengan wang tunai RM 20,000.00!

Beliau tidak perlu berfikir untuk membayar ansuran kereta setiap bulan, tidak akan menerima surat-surat hutang daripada bank, dan tidak perlu risau akan panggilan-panggilan telefon daripada pegawai bank untuk meminta bayaran ansuran sekiranya ada bayaran tertunggak. Beliau selesa hidup tanpa hutang. Tidaklah teruk sangat hidup tanpa hutang. Tidaklah sehingga hidup merempat tanpa rumah, atau meminta sedekah mengharap simpati orang lain.

Beliau mempunyai keluarga sebagaimana orang lain. Beliau bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Sekalipun tidak berhutang, beliau tidaklah hidup merempat tanpa rumah. Beliau masih mampu tinggal di sebuah rumah sewa. Untuk memiliki rumah sendiri, sekarang dia sedang berkira-kira untuk membeli sebidang tanah di pinggir kota untuk didirikan rumah secara berdikit-dikit.

Tentunya untuk mencari manusia jenis ini pada zaman sekarang amat payah sekali. Kategori manusia jenis ini sememangnya hampir pupus lantaran sikap dan tabiat suka berhutang ini semakin menjadi trend. Rata-rata lebih suka secara biar papa asal bergaya berbanding biar miskin harta, jangan kaya hutang

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

4 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam bisnes, biasa terjadi pelanggan tidak puas hati dengan urusan…