Biarlah, Saya Redha (DiSontot)
“BIARLAH, SAYA REDHA (DISONTOT)”
Tempoh hari saya upload gambar mirip seorang scammer emas.
Berdasarkan komen-komen yang diberikan, masih ramai lagi yang percayai bahawa skim tersebut adalah skim yang betul dan tragedi sontotan berjemaah berlaku apabila pegelola emas itu ditipu oleh supplier emas.
“Biarlah, saya halalkan duit yang saya labur. Bukan rezeki saya.”
“Nak buat macam mana, Tok pun kena tipu dengan supplier”
“Kalau Tuan betul-betul faham, sebenarnya emas tersebut tiada di Malaysia. Sebab itu saya redha”
What the ……. ?????!!!!!!!!
Aduyai…. Dah tersontot pun masih percaya kepada penyontot?
Kalau begini punya pemikiran, memamg sampai 7 keturunan pun akan mudah kena tipu.
Patutlah orang kita tak serik-serik kena tipu atas bawah kiri kanan.
Memanglah dia takkan mengaku dia menipu dan dia menyontot sebab kalau mengaku, dia kena bayar balik.
Cara paling mudah, kata kena tipu.
Pernah dengar penipu percaya dia menipu?
Pernah dengar scammer mengaku mengscam orang?
Orang macam ini yang lepas kena sontot dengan satu scam, akan cari skim scam baru untuk cover sontotan lama.
Lama-kelamaan, hidup dan mati dengan hasil sontot.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran