Bila impian bersatu berakhir dengan perpisahan abadi

Wefie terakhir…
Enam tahun lamanya, Dr. Pratik Joshi hidup sendiri di bumi asing bernama London.
Enam tahun, beliau menabung harapan dan menyulam rindu.
Dokumen demi dokumen, visa demi visa, semuanya disiapkan penuh sabar,
demi satu impian; agar isteri dan anak-anak dapat bersatu kembali di tanah Inggeris.
Hari yang dinanti pun tiba.
Isterinya, Komi, meletak jawatan di hospital di India, anak-anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sekolah mereka.
Dengan hati penuh debar dan jiwa sarat gembira, mereka melangkah ke dalam pesawat Air India 171, dengan tiket sehala menuju hidup baharu.
Dr. Pratik merakam senyuman manis mereka dalam satu swafoto.
Gambar itu dihantar ke kumpulan keluarga dengan mesej ringkas, tapi penuh makna:
“Next stop: home”
“Destinasi seterusnya: rumah.”
Namun, pesawat itu tidak pernah sampai.
Ia terhempas.
Tiada yang terselamat.
Begitulah kehidupan. Indah dalam harapan, kejam dalam takdir.
Hari ini kita merancang, esok mungkin hilang.
Jangan tunggu esok untuk meluah rasa. Jangan simpan kasih untuk hari yang belum tentu tiba.
Ucapkan apa yang penting.
Lakukan apa yang menyenangkan jiwa.
Kerana esok, tidak pernah berjanji kepada sesiapa.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran