fbpx

Bina pasukan itu penting, tapi bina akidah lebih utama

  • 1Minute
  • 199Words
  • 8Views

Khalid Al-Walid pernah digugurkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab daripada jawatan panglima perang. Ketika itu, nama Khalid begitu gah. Umat Islam melihat kemenangan demi kemenangan yang dicapai tentera Islam adalah hasil kehebatannya di medan perang.

Namun Umar melihat sesuatu yang lebih besar daripada kemenangan taktikal semata-mata. Beliau bimbang kebergantungan umat kepada seorang manusia lebih besar daripada pergantungan mereka kepada Allah. Maka beliau gugurkan Khalid — bukan kerana tidak layak, tetapi kerana terlalu layak hingga boleh menenggelamkan hakikat sebenar.

Umar mahu umat sedar bahawa kemenangan bukan datang daripada pedang Khalid, strategi Khalid atau nama Khalid. Tetapi kemenangan datang daripada Allah yang memberi izin dan pertolongan.

Tindakan ini mungkin pelik bagi sesetengah orang. Tapi di sinilah letaknya kehebatan Umar sebagai pemimpin yang memimpin bukan dengan emosi, tetapi dengan iman. Beliau bukan sekadar membina pasukan, tetapi membina akidah dalam perjuangan.

Dan Khalid juga membuktikan kematangan imannya. Tiada bantahan. Tiada protes. Tiada ‘posting sindiran’ di media sosial. Beliau terus berjuang tanpa nama panglima, kerana Khalid tahu bahawa dia berjuang bukan untuk jawatan, tetapi untuk Tuhan.

Begitulah kepimpinan dalam Islam. Yang dilihat bukan sekadar hasil, tetapi juga sumber dan sandaran hati.

Nampak tak apa yang PMX sedang lakukan sekarang?
#donebackup

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nak tak buat duit dengan hanya update status kat Facebook?…