Bitcoin
Ada yg bertanya tentang Bitcoin.
Sebelum ini saya pernah tulis di https://afyan.com/bitcoin.html/
Ia sudah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia sejak 2014, sebagai “not recognize as legal tender”.
Apa maknanya? Adakah ia illegal?
Ia bermaksud BNM tidak mengiktiraf sebarang transaksi jual beli menggunakan instrumen bitcoin sebagaimana BNM mengiktiraf wang kertas, takaful, unit trust, saham dll
Ia tidak bermaksud ia salah dan haram dari sudut undang-undang.
Tidak menjadi kesalahan dari sudut undang-undang kewangan negara jika kita berurus niaga dgn bitcoin.
Bitcoin tidak mempunyai badan regulatori sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari.
Dari sudut perancangan kewangan, ia adalah instrumen pelaburan yg mempunyai risiko tersendiri. Risiko naik turun harga adalah risiko semua semua jenis pelaburan.
Hari ini bitcoin adalah komoditi seumpama komoditi-komoditi lain dalam pasaran. Jika mahu melabur ke sana, nasihat saya, laburlah dgn kuantiti yg kita tidak “meracau” sekiranya apa yg kita impikan tidak kesampaian.
Dari sudut regulatori, ia hampir sama dgn emas yg tidak diiktiraf oleh BNM sbg instrumen kewangan. Emas di luar bidang kuasa BNM.
Jika dibandingkan emas dengan bitcoin, saya lebih rekomen emas kerana ia alternatif mata wang fizikal. Beli dan dapat emas fizikal. Ia boleh dilihat dan dipegang.
Apa pun, trade and mining at your own risk.
Jika saya diajak utk melabur dalam bitcoin, bagi saya sekarang bukan masanya. Saya banyak kali tegaskan bahawa, pelaburan yang sedang trending bukanlah pelaburan yg sesuai.
Dalam hal ini, orang yang paling banyak untung ialah orang yg sudah mengumpul bitcoin sejak sekian lama bukan yang baru hendak bermula.
https://afyan.com/jangan-mudah-melabur-dalam-pelaburan-yang…/
https://afyan.com/pelaburan-trending.html/
Saya amalkan prinsip ini dalam mana-mana pelaburan, seperti hartanah, saham, unit trust dll
Paling penting, berhati-hati dgn scam menggunakan nama bitcoin, seperti Bitkingdom.
Jika scam, risiko tersontot amatlah tinggi.
Ramai juga yang tertukar antara bitcoin genuie dengan bitcoin scam.
Cara nak kenal bitcoin scam, sama macam cara nak kenal mana-mana program scam, seperti
– Memberi jaminan pulangan
– Beri pulangan setiap bulan
– Memberi jaminan pulangan melebihi 20% setahun
– Bagi modal dan dapat duit bulan-bulan
– Dan sebagainya
Jika ada program bitcoin yang menggunakan modus operandi di atas, eloklah undurkan 10 tapak dan kemudian lari 180 kmj dari situ.
Ia adalah bitcoin sontot.
UPDATE: 17 Jun 2017: Harga Bitcoin sedang jatuh 50% selepas sebulan tulisan ini. Hoho!
Follow FB Afyan Mat Rawi utk tip-tip kewangan.
Boleh juga follow Telegram https://t.me/tipsRM
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran