fbpx

BNPL: jalan pintas jimat atau tiket ke #nerakawang?

  • 1Minute
  • 154Words
  • 133Views

Saya tak ada keperluan untuk daftar skim “buy now pay later” BNPL.

Tapi apabila membuat belian, nampaknya jika guna BNPL, banyak betholll diskaun yang diberikan.

Daripada harga RM20, jadi RM5 sahaja jika guna BNPL Shoppe ini.

Nak tanya kawan-kawan yang ada pengalaman,

1. Ada apa-apa caj tersembunyi tak?

2. Kalau lepas beli guna BNPL dan kemudian bayar terus, ada apa-apa masalah tak? Harga masih sama atau dikira tunai?

3. Adakah promosi macam ni hanya masa mula-mula sahaja?

Malas betul nak daftar tiket ke #nerakawang ni. Hahaha!

Alhamdulillah, setakat ini hutang saya terkawal. Pakai kad kredit pun selepas ada simpanan sama banyak dengan limit kad kredit dan bayar penuh setiap bulan.

Hutang adalah alat.

Hutang umpama pisau.

Jika di tangan Khairul Aming ia menjadi masakan sempurna,

Tapi jika di tangan kanak-kanak ia boleh mencederan diri sendiri,

Manakala jika di tangan penjenayah ia boleh mencederakan orang lain!

Kita yang tentukan buruk baik hutang.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kerana satu review, satu keluarga hilang sumber rezeki. Abang rider…